KAK JUE BLOG'S

Istiadat Lambaian Kasih DYMM Seri Paduka Agong Ke 14 Penuh Simbolik


" Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar.

“Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu,”

“Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri.”


Petikan berkenaan dari buku hikayat Sulalatus Sulatin atau Sejarah Melayu yang menceritakan peristiwa kedatangan Islam dan sekaligus menjadi inspirasi kepada penganjuran perarakan bergajah pada Istiadat Keberangkatan Balik Lambaian Kasih Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada hari ini ke negeri Kedah.

Setibanya Tuanku Abdul Halim ke Kompleks Bunga Raya, KLIA, Tuanku dipersembahkan dengan persembahan demonstrasi silat oleh Pertubuhan Seni Silat Cekak Hanafi melibatkan 30 orang pesilat Melayu. Ia diakhiri dengan laungan ‘Daulat Tuanku!’.

Tuanku yang diiringgi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beserta isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan isteri serta beberapa menteri kabinet seterusnya di bawa masuk ke bilik khas.

Istiadat ini merupakan sebuah pengembalian warisan Melayu yang sekali gus melambangkan kedaulatan dan kemuliaan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sendiri. Malah, istiadat ini turut disertai oleh 367 orang peserta dari pelbagai etnik dan negeri di seluruh negara yang secara ikhlas berminat untuk terlibat bersama.

Inilah adat istiadat bangsa Melayu yang menjadi pegangan di negara kita selama ini. Namun demikian, malangnya masih ramai yang tidak memahami malah tidak pernah melihat istiadat ini berlangsung di depan mata.

Soal yang lebih seriau, adakah adat-adat istiadat sebegini akan diteruskan sekiranya Pakatan Harapan yang dikuasai DAP berjaya menakluk kepimpinan negara? Sedangkan mereka inilah khususya DAP seringkali dilihat seolah-olah ‘anti-Melayu’ dan mahu lebih sekular serta berkonsepkan Malaysian Malaysia.

Mungkinkah adat istiadat Melayu yang menjadi amalan dan pegangan bangsa Melayu di seluruh dunia ini akan terkubur sekiranya tampuk pemerintahan negara beralih tangan? Tanpa menuduh ia akan berlaku, namun persoalan ini wajar juga dipersoalkan untuk anak cucu kita akan datang.

Apapun selama ini di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, adat-adat Melayu sebegini amat jelas diamalkan dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Apapun tahniah diucapkan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus menghidupkan adat istiadat Melayu lama yang amat bersopan santun, berseni dan penuh kemuliaan.


Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages