KAK JUE BLOG'S

Kemeriahan Iftar di Masjid Nabawi


MADINAH: Usai solat Asar, makanan siap dipek, minuman berkaleng, botol dan kotak serta manisan mula dibawa ke Masjid Nabawi untuk berbuka puasa.
Kanvas dihamparkan manakala plastik putih yang bertindak umpama saprah mula dibentang di luar kawasan Masjid Nabawi.
Anak-anak muda lelaki berganding bahu membentang kanvas dan plastik putih panjang sebelum kawasan dataran Masjid Nabawi dibanjiri jemaah umrah serta penduduk sekitar untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Di kaki lima hotel pula laungan sabil sabil jelas kendengaran yang mana edaran makanan dan minuman sedang rancak diagihkan.
Di dalam masjid juga makanan diagihkan biar pun tidak semeriah seperti di dataran Masjid Nabawi.
Boleh dikatakan, Ramadan di Arab Saudi khusunya di dua kota suci umpama pesta ibadat, pesta bersedekah, pesta makanan dan minuman serta jalinan silaturahim yang semakin akrab sepanjang bulan puasa.
Sejurus azan Maghrib berkumandang, semua menjamah manisan, makanan dan minuman. Namun selepas 10 minit, anak-anak muda menghampiri jemaah dan mengingatkan untuk bersolat.
Lima minit kemudian, lauangan qamat pula kedengaran sekali gus menandakan solat Maghrib berjemaah akan bermula.
Sekali lagi suara anak-anak muda yang begitu pantas berkemas dan mengangkat kanvas menasihatkan jemaah agar menyegerakan solat.
Kagum melihat kecekapan mereka berkemas kerana dalam masa singkat kawasan di dataran Masjid Nabawi kembali bersih dan boleh dijadikan tempat bersolat.
Share:

#Tragedi Mercun Musim Perayaan :Tiga Jari Hancur Mercun Bola Dipegang Meletup.


KOTA BHARU 25 Jun Seorang remaja berusia 17 tahun terpaksa me­nyambut Hari Raya Aidilfitri dalam kedukaan apabila tiga jari kanannya hancur setelah mercun bola yang dipegangnya meletup da­lam kejadian di Kampung Bu­kit Panau, Tanah Merah, semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Nik Rashidi Azman dikatakan bermain mercun itu bersama adiknya, Nik Ridwan Azman, 15, di kawasan rumah jiran mereka. 

Akibat insiden berkenaan anak ketiga daripada lima beradik itu turut mengalami kece­deraan di bahagian muka.

Ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, berkata, ketika kejadian, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa di rumah sebelum dimaklumkan oleh Nik Ridzwan bahawa jarinya abang­nya berdarah akibat mercun tersebut. 

Katanya, Nik Ridwan memberitahunya bahawa mercun yang dipegang abangnya itu meletup di tangan sebelum sempat dilemparkan ke arah lain. 

“Akibat daripada kejadian itu, jari telunjuk, jari tengah dan jari manisnya hancur sehingga menampakkan tulang. Bagaimanapun adik, Nik Ridwan tidak me­ngalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini. 

Tambah Ungku Aznah, anak­nya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Krai oleh penduduk sekitar sebelum dirujuk ke HRPZ II bagi mendapat rawatan susulan malam tadi. 

“Saya bimbang, kecederaan yang dialami Nik Rashidi begitu teruk. Hari ini jururawat mencuci luka kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman. Saya sedih melihat dia menahan sakit ketika proses tersebut,” katanya. 

Katanya, dia tidak pasti dari mana mereka mendapatkan mercun memandangkan sebelum ini anaknya itu jarang bermain bahan berbahaya itu. 

Katanya, dia juga selalu menasihatkan anak-anaknya supaya tidak bermain mercun kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini. 

“Dengan 10 hari lagi menje­lang Aidilfitri, saya cukup berharap Nik Rashidi cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah menyambut hari raya bersama ke­luarga,” katanya. -Utusan
Share:

Raja Permaisuri Agong Perkenan Menyampaikan Sumbangan Aidilfitri.



Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan dan kurniaan kepada 350 anak yatim, ibu tunggal, warga emas, fakir miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Aidilfitri.

Sumbangan daripada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) berupa wang tunai, barangan makanan dan baju raya itu disampaikan kepada penerima terpilih dari sekitar Bagan Serai terdiri daripada 100 anak yatim, 50 penerima OKU, 100 ibu tunggal serta warga emas dan 100 penerima fakir miskin.

Turut hadir Anggota Lembaga Pengarah YASH Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat.

Ketika berucap, Norazam Shah berkata majlis yang diadakan hari ini merupakan yang terakhir dalam bulan Ramadan tahun ini.

"Bermula 18 Jun lepas di negeri Kedah, Yayasan telah mengurniakan sumbangan di tiga tempat di Alor Setar iaitu di TH Hotel, Grand Alora Hotel dan Royal Kedah Club yang melibatkan lebih 1,000 anak-anak yatim," katanya.

Norazam Shah berkata majlis itu merupakan cerminan nilai kelembutan tuanku yang senantiasa peka dengan perkembangan semasa berkaitan kehidupan masyarakat yang memerlukan.

"Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa amat memerlukan bantuan pendidikan bagi membimbing mereka supaya menjadi insan yang beriman, berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya.

- BERNAMA



Share:

Penjawat Awam Mungkin Dapat Cuti Hari Raya Ketiga - Ali Hamsa



PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan kepada penjawat awam pada Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka jatuh pada 8 Julai.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, 8 Julai yang jatuh pada Jumaat itu boleh diisytiharkan sebagai cuti peristiwa untuk penjawat awam sempena perayaan.
"Ia agak jarang berlaku kerana ia tidak berlaku sebelum ini di mana Hari Raya jatuh pada Rabu dan Khamis, dan hari berikutnya adalah hari bekerja, dan kemudiannya anda mempunyai cuti hujung minggu.
"Kerajaan akan membuat pertimbangan dan saya akan membawakan cadangan ini. Tetapi masih belum ditentukan lagi," katanya pada perjumpaan khas Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan yang diusulkan oleh Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.
Bagi cuti peristiwa yang diluluskan, ia hanya akan terpakai kepada negeri-negeri di mana Jumaat adalah hari bekerja.
Hari Raya dijangka jatuh pada 6 Julai dan 7 Julai tahun ini, iaitu Rabu dan Khamis.
Negeri-negeri di Malaysia sebelum ini mengisytiharkan cuti peristiwa untuk acara tertentu, termasuk kemenangan dalam pertandingan sukan.
Johor mengisytiharkan 15 Mei lalu sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA.

Share:

Hentikan Sengketa Mari Memanfaatkan Ramadhan Tingkatkan Ibadah - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua umat Islam supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan yang baik di samping menghentikan semua persengketaan sesama sendiri.


Beliau berkata Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan umat Islam seharusnya berusaha memperbaiki diri dan menghentikan segala perbalahan.

"Kurangkan melakukan kerja yang tidak mendatangkan manfaat dan hentikan perbuatan memburuk-burukkan orang lain.

"Jadi sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya," katanya dalam ucapan audio yang dimuat naik di laman Twitter beliau, hari ini.

Mengimbas kembali dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar minggu lepas, Najib berkata walaupun persaingan sengit dan perselisihan telah berlaku antara parti-parti yang bertanding, namun pilihan raya kecil itu telah selesai.

Justeru, katanya, semua pihak harus kembali bermaaf-maafan, mengetepikan perbezaan dan meningkatkan amalan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Najib juga mengajak umat Islam melakukan ibadat dan solat tarawih bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.

"Sungguh tenang rasanya," katanya sambil melahirkan rasa syukur dapat meluangkan masa beramah mesra bersama ibu, isteri, anak-anak serta saudara mara selepas menunaikan solat tarawih.

Oleh itu, katanya: "Sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya."




Share:

Hentikan Sengketa Mari Memanfaatkan Ramadhan Tingkatkan Ibadah..Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua umat Islam supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan yang baik di samping menghentikan semua persengketaan sesama sendiri.

Beliau berkata Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan umat Islam seharusnya berusaha memperbaiki diri dan menghentikan segala perbalahan.

"Kurangkan melakukan kerja yang tidak mendatangkan manfaat dan hentikan perbuatan memburuk-burukkan orang lain.

"Jadi sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya," katanya dalam ucapan audio yang dimuat naik di laman Twitter beliau, hari ini.

Mengimbas kembali dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar minggu lepas, Najib berkata walaupun persaingan sengit dan perselisihan telah berlaku antara parti-parti yang bertanding, namun pilihan raya kecil itu telah selesai.

Justeru, katanya, semua pihak harus kembali bermaaf-maafan, mengetepikan perbezaan dan meningkatkan amalan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Najib juga mengajak umat Islam melakukan ibadat dan solat tarawih bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.

"Sungguh tenang rasanya," katanya sambil melahirkan rasa syukur dapat meluangkan masa beramah mesra bersama ibu, isteri, anak-anak serta saudara mara selepas menunaikan solat tarawih.

Oleh itu, katanya: "Sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya."




Share:

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Nuzul Quran 1437H

nuzul quran
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, sekali lagi kita dipanjangkan usia untuk menjengah ambang 17 Ramadan yang merupakan di antara hari-hari kebesaran Islam terutamanya kerana memperingati permulaan turunnya wahyu Al-Quran ke atas Nabi Muhammad SAW.
Di Negara kita, sesuai dengan Islam sebagai agama Negara, hari ini kita isytiharkan sebagai hari cuti umum sebagai tanda membesarkan peristiwa tersebut yang sekaligus menandakan penghormatan kita terhadap perlantikan Nabi kita sebagai penutup segala Nabi serta penganugerahan Al-Quran kepada kita sebagai panduan suci dalam mengharungi ujian kehidupan.
Di atas semangat yang sama hari ini disambut dengan pelbagai cara dan acara di peringkat individu, organisasi dan terutamanya masjid-masjid dan surau-surau sebagai tanda kesyukuran serta mengagungkan Al-Quran sebagai syiar Islam yang paling utama.
Allah SWT menyatakan dalam Surah al-Hajj ayat 32 bahawa “…mereka yang membesarkan syiar-syiar Allah itu merupakan petanda ketaqwaan yang wujud dalam hati.” Melihat suasana meraikan Al-Quran dalam Negara kita, lebih-lebih lagi di hari dan bulan Ramadan ini, sewajarnyalah kita bersyukur kerana ini semua menandakan semangat ketaqwaan yang wujud dalam masyarakat dan Negara kita.
Sudah menjadi dasar dan amalan di Negara kita bahawa pembangunan material bukanlah menjadi satu-satunya matlamat dan tumpuan kerajaan. Sebaliknya pembangunan nilai dan diri insan sentiasa menjadi keutamaan dan penentu sebenar di sebalik kemajuan ekonomi dan sosial yang zahir. Semua ini kita tekuni sebagai jelmaan penghayatan ajaran Al-Quran yang menganjurkan kemakmuran bersepadu duniawi dan ukhrawi.
Al-Quran juga mengajar kita untuk menjauhi perpecahan dan persengketaan yang merugikan. Kita juga dianjurkan dalam pelbagai ayat dalam Al-Quran untuk menguruskan perbezaan pandangan dengan bijaksana. Di bulan yang mulia ini, elok benarlah jika kita memperbaharui azam untuk merapatkan jurang perbezaan di antara kita. Kita mengakui bahawa banyak perbezaan yang ada di kalangan masyarakat kita tapi kita juga banyak berkongsi kepentingan, maslahah dan aspirasi bersama.
Apapun perbezaan yang ada, jika kita sedia berjiwa besar dan berpegang kepada panduan nilai-nilai agama, tradisi dan budaya serta menghormati sistem bernegara yang selama ini kita amalkan, Insya-Allah kita akan tetap terpelihara.
Marilah kita memanfaatkan sepenuhnya hari-hari Ramadan yang berbaki kerana kita tidak pasti sama ada kita akan berpeluang bertemu lagi dengannya di tahun-tahun yang mendatang. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan tawfiq untuk meningkatkan ibadah kita yang tulus ke hadrat Ilahi tanpa melalaikan tugas dan tanggungjawab kita yang juga merupakan sebahagian dari bentuk kepatuhan kita kepada ajaran Al-Quran al-Karim.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Share:

Persediaan Makanan Jemaah Haji Ikut Piawaian Kesihatan Antarabangsa - Tabung Haji



MEKAH: Tabung Haji menggunakan beberapa syarikat penyaji perkhidmatan makanan, yang menepati piawaian kesihatan antarabangsa, bagi memastikan mutu makanan berkhasiat kepada jemaah haji Malaysia.
   
Pengurus Kanan Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji Mohamad Naser Jaffar berkata Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia menetapkan syarat yang ketat terhadap kesihatan pemakanan bagi elakkan sebarang insiden seperti keracunan makanan.
   
"Jika berlaku cirit-birit, ia akan beri kesan pada ramai jemaah haji dan akan memberi kesan kepada ibadat haji mereka, yang mempunyai tempoh yang terhad dan hanya setahun sekali.
   
"Perkara ini amat dititikberatkan. Kerajaan Arab Saudi akan bertindak menutup perkhidmatan penyaji makanan," katanya.
   
Beliau berkata demikian semasa meninjau persediaan syarikat penyaji makanan Al-Wafa Catering and Service terhadap jemaah haji, di sini, hari ini.

Mohamad Naser berkata sebelum bermula opeasi haji setiap tahun, pihak Tabung Haji dan doktor-doktor daripada Kementerian Kesihatan akan memeriksa dapur syarikat penyaji makanan.
   
"Langkah itu dibuat bagi memastikan dapur syarikat terbabit benar-benar bersih.
   
Selepas itu, pihak kesihatan Kerajaan Arab Saudi pula akan membuat pemeriksaan serupa. Ini membuktikan Tabung Haji mengambil berat tentang soal kebersihan penyediaan makanan untuk jemaah," katanya.
   
Al-Wafa Catering and Service sudah 12 tahun menjadi antara salah satu syarikat penyaji makanan. Tabung Haji akan menyediakan makanan kepada 22,320 jemaah Malaysia pada musim haji nanti.
   
Penolong Ketua Tukang Masak syarikat itu, Mohd. Hafizan Abu Hassan, 34, berkata, pihaknya akan memasak berdasarkan menu yang diberikan Tabung Haji supaya makanan dihidangkan berkhasiat dan menepati selera jemaah Malaysia.
   
"Setiap kali tiba musim haji, pihak kami akan menambah jumlah tukang masak supaya makanan yang dimasak menepati keperluan jemaah.
   
Makanan yang disediakan adalah masakan bercita rasa Malaysia supaya jemaah tidak rasa janggal ketika berada di sini nanti," katanya. - Bernama


Share:

Peniaga Bazar Ramadan Ditegah Jual Makanan Basi – KPDNKK

bazar

LARUT — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta peniaga bazar Ramadan di negara ini agar tidak menjual makanan dan kuih muih basi kepada orang ramai yang berkunjung ke gerai mereka sepanjang Ramadan ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata KPDNKK memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan kesihatan pengguna.

Katanya, peniaga diminta untuk tidak memikir keuntungan semata-mata malah perlu bersikap membantu pengguna dan memperoleh pahala.

“Saya menasihati peniaga bazar di seluruh negara supaya jual makanan yang baik mutunya, kerana saya dapat maklumat yang mengatakan mereka menjual makanan yang sudah basi, ini tak elok terutamanya ketika puasa kebanyakan pelanggan adalah orang Islam.

“Sama-samalah kita menjaga dalam waktu kita berniaga dan berpuasa ini biarlah kita bersikap lebih berhemah iaitu bantu membantu supaya tak timbul perasaan marah dalam kalangan pengguna apabila membeli juadah berkenaan,” katanya.

Hamzah berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Agihan Wang Zakat Bank Rakyat kepada 500 penerima terdiri daripada golongan miskin dan ibu tunggal di Bangunan Umno Batu Kurau di sini, semalam.

Penerima  masing-masing menerima RM200, dua kampit beras dan kurma.

Beliau mengulas berhubung isu makanan basi yang dijual di bazar Ramadan di Kuala Berang, Terengganu, baru-baru ini selepas diviralkan di laman sosial Facebook berikutan ada pengguna yang kecewa dengan sikap peniaga menjual juadah basi.

Tambah beliau, walaupun isu berkenaan di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun KPDNKK akan tetap memantau kerana ia membabitkan pengguna.

“Saya minta peniaga dan penyedia makanan supaya memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan tidak tercemar untuk mengelak berlakunya kes keracunan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata KPDNKK akan mengadakan program Jom Beli Barang Raya di tempat letak kereta Istana Kehakiman Putrajaya pada Rabu hingga Ahad ini, mulai 10 pagi hingga 11 malam.

Hamzah berkata pihaknya menyasarkan seramai 150,000 pengunjung selain sebanyak 45 pempamer akan menjual barangan perayaan seperti pakaian, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya.

“Orang ramai yang membeli belah di situ akan diberikan diskaun antara 20 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga di pasar raya,” katanya.

“Ini merupakan program kedua selepas program pertama diadakan pada tahun lalu yang dikunjungi 100,000 orang untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya. — Bernama
Share:

Pendaftaran Pilihan Simpanan Shariah KWSP Bermula 8 Ogos


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan baharunya, Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan tahun depan, kepada ahli-ahlinya pada 8 Ogos, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata KWSP memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016.

"Ahli-ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional, kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari mereka.

"Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahril Ridza berkata penglibatan KWSP dalam pelaburan Islamik bukan perkara baharu kerana lebih 45 peratus, atau RM295 bilion, daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah patuh Syariah.

"Di masa hadapan, kami menjangka mengembangkan pelaburan aset Syariah kami tidak kurang daripada RM25 bilion setahun secara purata atau seiring dengan kenaikan jumlah aset bagi mengekalkan minimum 45 peratus aset Syariah," katanya.

Selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi portfolio patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen.

"Sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi menyelia semua aspek operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah.

"JKPS juga akan mengiktiraf produk pelaburan Syariah yang ditadbir dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.

Simpanan Shariah KWSP merupakan pilihan simpanan baharu untuk ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan ditadbir berdasarkan prinsip Syariah.

Berdasarkan kepada keputusan Rundingan Awam yang dijalankan oleh KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan pilihan untuk ahli memilih supaya simpanan persaraan mereka diuruskan berdasarkan prinsip Syariah.

Pada taklimat media hari ini, Shahril berkata bahagian seterusnya pilihan Simpanan Shariah itu akan dibuka tahun depan dan saiz dananya dijangka ditentukan oleh permintaan sebenar tahun ini dan ketersediaan dana.

"Masih terlalu awal bagi kami untuk menentukan saiz dana. Bagi tahun ini, kami merasakan peruntukan RM100 bilion itu mencukupi untuk menampung permintaan.

"Ia adalah skim pertama berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika mereka (ahli KWSP) tidak berjaya mendapatkan bahagian pertama, mereka secara automatik akan berada dalam senarai menunggu bagi tahun depan," katanya.
Share:

Tema Sehati Sejiwa Kekal Untuk Sambutan Kemerdekaan Tahun Ini


Tema ‘Sehati Sejiwa’ pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, Isnin.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

“Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama Hari Kebangsaan sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan,” katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

“Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri,” katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

“Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

“Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil. – KUALA LUMPUR – Tema ‘Sehati Sejiwa’ pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, Isnin.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

“Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama Hari Kebangsaan sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan,” katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

“Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri,” katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

“Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

“Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil. – Bernama
Share:

Juadah Ramadhan Dengan Bayaran "Seikhlas Hati"


SERING kali diviralkan di media sosial berkenaan dengan peniaga yang cuba mengaut keuntungan lebih ketika berniaga di bazar Ramadan menjadi topik hangat netizen. 

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki, Ammar Rahimi Anwar ternyata menepis dakwaan itu bahawa tidak semua peniaga suka mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.

Kisah yang dikongsikan oleh Ammar ialah berkaitan seorang peniaga di bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis lauk pauk dengan harga yang tidak masuk akal iaitu hanya mengenakan bayaran seikhlas hati atau lebih tepat lagi ikut suka hati pelanggannya mahu membayar berapa terhadap lauk pauk yang dibeli.

Menarik bukan? Jarang peniaga yang sanggup berbuat sedemikian. Jom ikuti kisah yang dikongsikan.

Semalam before berbuka dekat Murni Kelana Jaya (KJ), aku sahaja pergi jalan dekat Bazar Ramadan SS6 KJ tu (belakang flat Polis). Memang meriah la. Aku tawaf dari start sampai paling hujung. Dapat la beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.

Then time nak patah balik ke Murni aku lalu satu gerai pak cik ni jual banyak lauk. Kebanyakkannya ikan. Memang ramai orang. Aku jenguk la tengok lauk-pauk dia. Memang banyak la. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour & macam-macam lagilah.

Pastu, aku dengar ada sorang mamat ni tanya,

“Anak bayar la ikut suka anak, seringgit ke 2 ringgit ke, terpulang.” Tercengang semua yang ada kat situ.

Pastu mamat tu tanya lagi, “Boleh ke pak cik?”

“Apa pulak tak boleh, dengan izin Allah semua boleh. Pak cik yakin dengan rezeki Allah,” sambil membungkus siakap 3 rasa tersebut.

Ya. Yakin & percaya. Selamat berbuka. Peniaga yang dimaksudkan ialah seorang lelaki memakai baju berwarna putih, bertopi hitam. -MYNEWSHUB

Share:

#PRK P.067 KUALA KANGSAR : 312 Pemilih Layak Undi Awal Di Kuala Kangsar

prk kuala kangsar

KUALA KANGSAR: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, mula dibuka 8 pagi Selasa.
Dua pusat pengundian awal itu ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, berkata 312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak melakukan pengundian awal itu.
"Pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka 8 pagi hingga 5 petang, seramai 292 pemilih layak mengundi.
"Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka 8 pagi hingga 2 petang, seramai 20 pemilih layak mengundi," katanya.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Seramai 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir) pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.
Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. - BERNAMA
Share:

PROTON MEMPERKENALKAN MODEL PERDANA VERSI BARU 2016




PROTON Holdings hari ini memperkenalkan Proton Perdana generasi ke-4 baharu, sebuah kereta yang dinanti-nantikan kemunculannya, berintegrasikan reka bentuk dinamik dan anggun bagi pemanduan yang menyeronokkan.


Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Perdana baharu ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON dan YBhg. Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Pelancaran ini menandakan kembalinya PROTON ke dalam pasaran segmen D dengan varian 2.0 dan 2.4 yang menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated serta bergaya.

"PROTON menghentikan pengeluaran Perdana pada tahun 2010 dan harapan orang awam untuk melihat Perdana baharu dikeluarkan telah mendorong kami menghasilkan kereta yang bergaya dengan tahap keselesaan tersendiri.


 "Kami mengambil berat untuk memastikan kereta ini sedia dilancarkan kerana Perdana baharu ini melambangkan PROTON yang baharu - kami mahu menyediakan pengalaman yang baharu kepada




para pelanggan di mana, Pelanggan Diutamakan.
Perdana baharu ini juga melambangkan hasrat baharu PROTON untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan – lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi kereta dan perkhidmatan selepas jualan," kata Dato' Fuaad.

"Kami benar-benar bersyukur kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap Perdana baharu ini sebelum pelancaran dan kami menghargai semua maklum balas yang diterima.

"Kami tahu bahawa rakyat Malaysia ingin PROTON menjadi lebih maju dan kami tidak akan mempersiakan harapan mereka.

"Kami telah mengambil sedikit masa demi memastikan Perdana baharu ini bersedia untuk dilancarkan," tambah Dato' Fuaad.

"Sejak mula tempahan dibuka untuk Perdana generasi ke-4 yang baharu ini pada Februari 2016, kami telah menerima kira-kira 900 tempahan dari seluruh negara dan kami jangkakan untuk menjual kira-kira 3,000 buah kereta pada akhir 2016," tambahnya.

"Dibina oleh PROTON melalui kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform, Perdana baharu ini telah dipertingkatkan dari segi pengendalian kereta dan keselesaan. Di samping itu,

"PROTON juga telah membuat penambahbaikan dari segi estetik dan aerodinamik untuk memenuhi keperluan pasaran semasa.





 Berharga RM113,888.00 dan RM138,888.00, bagi varian 2.0 dan 2.4, Perdana baharu 2.0 didatangkan dengan enjin SOHC 4 silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda dan 189Nm tork, manakala bagi Perdana 2.4 pula didatangkan enjin DOHC dengan 4 silinder 16 injap yang menghasilkan 178 kuasa kuda dan 222Nm tork.

"Dengan menonjolkan ciri berkelas tinggi dan eksklusif serta anggun, ciri-ciri luaran yang aerodinamik, "sayap" jeriji depan PROTON yang tersendiri, lampu utama projector HID, gabungan lampu belakang LED, penghawa dingin dua zon, dan sensor parkir kereta depan belakang beserta kamera undur, serta ciri-ciri lain yang menjadikan kereta ini seronok dipandu.

"Di bahagian kabin pula, ruangan dalamannya diperhalusi dengan kerusi multi-kontur dan ruang kaki serta kepala yang luas," tambah Dato‟ Fuaad lagi.

"Selain mempamerkan reka bentuk yang menawan, Perdana generasi ke-4 ini direka dengan mengambil kira aspek keselamatan.

"Ciri-ciri yang memudahkan pemanduan dengan suspensi wishbone bebas yang berganda di bahagian hadapan untuk meningkatkan daya cengkaman dan kestabilan yang lebih baik apabila membrek.

"Tidak kurang juga ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandudan penumpang," katanya.





 "Dengan sistem navigasi GPS dan maklumat hiburan PROTON yang terkini, Perdana baharu ini membenarkan pengguna mengoptimumkan dan menyesuaikan persekitaran pemanduan, menjadikan perjalanan lebih selesa dan yakin.

"Memasuki era baharu selepas 30 tahun, PROTON telah baharu-baharu ini mengumumkan pengalaman yang lebih baik untuk para pelanggan - lebih nilai kepada kereta kami serta pemanduan yang menyeronokkan dan jaminan keselamatan.

"Dari segi pengendalian yang lancar kepada keluasan dalaman dengan ciri-ciri tersendiri, Perdana baharu ini melambangkan PROTON yang baharu," tambah Dato' Fuaad.

"Warna terbaharu “Ruby Red” juga diperkenalkan kepada Perdana generasi ke-4 dengan lima warna lain seperti “Sterling Silver”, “Graphite Grey”, “Cotton White”, “Midnight Black” dan “Citrine Gold” yang boleh didapati untuk kedua-dua varian.







 

 

"Perdana generasi ke-4 baharu boleh dilihat di semua bilik pameran PROTON Edar di seluruh negara dan ia boleh ditempah dengan RM1,000 deposit. Pandu uji kereta Perdana hanya boleh dilakukan di bilik pameran PROTON  yang terpilih dan pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1 800 888 398 untukmaklumat lanjut mengenai cawangan PROTON yang terdekat bagi memandu uji Perdana generasi ke-4 baharu.

PROTON Holdings Berhad (623177-A)
T (+603) 8026 9501
F (+603) 8026 9268
PROTON Holdings Berhad




Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages