Home »
» Sederhana, jangan bazir makanan semasa Ramadan - Najib
Sederhana, jangan bazir makanan semasa Ramadan - Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir makanan dalam bulan Ramadhan ini.
"Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah berbuka di bazar Ramadhan dan sebagainya.
"Saya harap kita ingat untuk bersederhana dan tidak membazir makanan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini," kata perdana menteri di laman Twitter dan Facebook beliau.
Dalam Facebooknya itu, Najib turut menyentuh mengenai konsep kesederhanaan sememangnya ditekankan dalam Islam.
No comments:
Post a Comment