KAK JUE BLOG'S

Hentikan Sengketa Mari Memanfaatkan Ramadhan Tingkatkan Ibadah..Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua umat Islam supaya memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan yang baik di samping menghentikan semua persengketaan sesama sendiri.

Beliau berkata Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan umat Islam seharusnya berusaha memperbaiki diri dan menghentikan segala perbalahan.

"Kurangkan melakukan kerja yang tidak mendatangkan manfaat dan hentikan perbuatan memburuk-burukkan orang lain.

"Jadi sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya," katanya dalam ucapan audio yang dimuat naik di laman Twitter beliau, hari ini.

Mengimbas kembali dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar minggu lepas, Najib berkata walaupun persaingan sengit dan perselisihan telah berlaku antara parti-parti yang bertanding, namun pilihan raya kecil itu telah selesai.

Justeru, katanya, semua pihak harus kembali bermaaf-maafan, mengetepikan perbezaan dan meningkatkan amalan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Najib juga mengajak umat Islam melakukan ibadat dan solat tarawih bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.

"Sungguh tenang rasanya," katanya sambil melahirkan rasa syukur dapat meluangkan masa beramah mesra bersama ibu, isteri, anak-anak serta saudara mara selepas menunaikan solat tarawih.

Oleh itu, katanya: "Sekiranya kita semua dapat bersama-sama menggunakan bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan ibadat tanpa membangkitkan perkara-perkara yang mengundang perselisihan, nescaya kita akan dapat menikmati keindahan bulan Ramadan ini sepenuhnya."




Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages