KAK JUE BLOG'S

Rumah Untuk Golongan Berpendapatan Rendah Fokus Utama Kerajaan



Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM140 ribu seunit untuk membina PPR Taman Danau, Hulu Selangor lengkap dengan segala fasiliti awam. Namun, PPR ini hanya dijual kepada mereka yang layak dengan hanya RM35,000 seunit. PPR Taman Danau, Hulu Selangor merupakan penyaluran subsidi Kerajaan secara terus kepada rakyat membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap golongan setinggan dan berpendapatan rendah untuk tinggal di rumah yang selesa dan mempunyai fasiliti yang mencukupi.
2. Projek ini merupakan janji YAB Perdana Menteri semasa pilihanraya di Hulu Selangor pada 2010 lalu dengan tujuan untuk menyelsaikan masalah perumahan penduduk di penempatan Kampung Hassan. Pada Januari 2012, YAB Perdana Menteri melawat tapak projek PPR ini bagi melihat progres pembinaan untuk memastikan janji yang diungkapkan pada pilihanraya tempohari, ditunaikan.
3. PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Selangor kemudian telah siap dibina di atas tapak seluas 26 ekar dengan kos sebanyak RM42 juta. Projek ini terdiri daripada 300 unit rumah teres beserta Dewan Serbaguna, Surau, Tadika, GelanggangSukan, dan Taman Permainan. PPR Taman Danau ini lebih besar dengan saiz 850 kaki persegiberbanding PPR lain yang bersaiz 750 kaki per-segi dan mempamerkan rekabentuk yang lebih modendan menarik.
4. Pada 31 Mac 2015, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penjualan PPR Taman Danau, Hulu Selangor dan bersetuju agar Jabatan Perumahan Negara (JPN) menguruskan penjualan tersebut melalui Ejen Penjualan yang dilantik. PPR Taman Danau, Hulu Selangor dijual pada harga RM35,000 seunit khusus bagi golongan setinggan dan berpendapatan rendah yang telah dikenalpasti.
5. Sehingga kini, JPN telah menawarkan kepada 300 pemohon yang dimuktamadkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembeli, Jabatan Perumahan Negara.Pada hari ini, seramai 40 penerima kunci siri pertama yang telah menyelesaikan pembiayaan akan diserahkan kunci unit masing-masing manakala sebahagiannya masih di dalam pembiayaan dan dijangka akan dapat diserahkan kunci dalam masa terdekat.
6. Di samping itu, PPR Taman Danau, Hulu Selangor ini memberikan kemudahan kepada golongan yang sangat memerlukan bantuan perumahan kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan setinggan selama lebih 25 tahun. Terdapat juga penduduk yang telah menumpang rumah orang lain melebihi 30tahun dan ada juga yang telah menumpang selama 55 tahun. Namun demikian, dengan terbinanya PPR Taman Danau ini, sebahagian besar penduduk setinggan, penduduk yang menyewa dan penduduk yang menumpang rumah saudara mara dapat menikmati kediaman yang lebih selesa berbanding dengan tempat tinggal mereka sekarang.
7. Secara keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mensasarkan keseluruhan pembinaan sebanyak 103,038 unit rumah, di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Sepanjang tempoh RMK 8 sehingga kini, sebanyak 80,252 unit PPR telah siap dibina manakala sebanyak 22,786 unit masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
8. Bagi negeri Selangor, bermula dari tahun 2011 sehingga kini Kerajaan telah menyiapkan sebanyak 4 projek PPR melibatkan 5,184 unit iaitu PPR Lembah Subang I (3,004 unit), PPR Serendah (300 unit), PPR Lembah Subang 2 (1,580 unit) dan PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Selangor
Share:

Hotel Digesa Denda Pelanggan Membazir Bufet Ramadan



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengusaha hotel atau restoran yang menawarkan hidangan bufet berbuka puasa agar mengenakan denda ke atas pelanggan yang membazir sepanjang bulan Ramadan ini.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata tindakan tersebut perlu kerana pembaziran merupakan budaya yang merugikan selain ia menjejaskan kemanisan ibadah puasa.
"Selain mendenda pelanggan, hotel juga boleh mengedarkan makanan (makanan yang tidak disentuh) kepada mereka yang memerlukan seperti pelajar, golongan gelandangan, rumah kebajikan atau dihantar ke masjid," katanya pada sidang media "Elak pembaziran bufet Ramadan, pihak berkuasa tempatan diminta kuatkuasa denda" di sini Isnin.
Beliau berkata, pengusaha juga boleh menyediakan alternatif lain seperti membungkusnya agar pelanggan boleh membawa pulang makanan yang tidak habis dimakan.
"Sebagai langkah untuk mengawal dan mengurangkan pembaziran ini, saya cadangkan agar kerajaan wujudkan garis panduan dan polisi berhubung pembaziran makanan dan menubuhkan satu jawatankuasa untuk kendalikannya," katanya.
Nadzim berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jumaat lepas bagi mencari kaedah terbaik mengurangkan pembaziran di bulan Ramadan. - BERNAMA
Share:

Mara To Establish First Teaching Privated Hospital In Tronoh,Perak - Annuar Musa.

annuar-musa

Hospital with 200 beds will be a private hospital, and is to be located near Tronoh, says Mara chairman Annuar Musa.
KUALA KANGSAR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) is set to establish the first teaching hospital in Perak under Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP), its chairman Annuar Musa said.
He said the state government had submitted a proposal to build the hospital near Tronoh but the matter was still being reviewed by the university.
“We need to make a re-evalution as the location is quite far from the town centre. We are also concerned this will result in shortage of patients.
“This teaching hospital will at the same time be made into a private hospital,” he told reporters after visiting Kuala Kangsar Hospital here today.
Mara would also ensure that the 200-bedded hospital was able to provide clinical placements for medical students at the university, he added.
“We hope with the cooperation of the state government, the construction of this hospital will be expedited and the project be given high priority though no allocation has been made for the project under the 11th Malaysia Plan (11MP)” he said.
- BERNAMA
Share:

Kerajaan Persekutuan Salurkan RM152 Juta Kepada Perak Anjur Sukma



KUALA KANGSAR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM152 juta kepada negeri Perak untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata peruntukan itu akan diguna bagi membolehkan pembangunan semula dan membaik pulih beberapa prasarana sukan di Perak.
"Inilah komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu Perak menyediakan segala kemudahan.
"Tapi peruntukan (RM152 juta) itu tidak termasuk Velodrom Rakyat Ipoh yang akan dibaik pulih sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Malaysia @ Perak 2016 di sini pada Ahad.
Kira-kira 12,000 orang menyertai program itu yang melibatkan acara larian dan berbasikal.
Ketika ditanya mengenai penjagaan serta pengurusan velodrom itu selepas penganjuran Sukma 2018, Khairy berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Terdahulu dalam ucapannya, Khairy mencabar Perak supaya bukan sahaja menjadi tuan rumah Sukma yang terhebat, malah mampu muncul juara.
"Saya harap Perak tetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk muncul juara Sukma 2018," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata peruntukan daripada kerajaan Persekutuan itu akan diguna untuk membaik pulih beberapa kemudahan termasuk stadium dan padang tembak selain membina kolam renang baharu di Ipoh.
Ditanya mengenai kebimbangan prasarana tersebut akan terbiar, Zambry berkata kerajaan negeri akan memastikan ia dijaga dengan baik memandangkan kemudahan yang dibina dan dibaik pulih itu digunakan oleh orang awam sepanjang masa.  - mstar
Share:

Sasaran PTPTN Kutip RM15 Bilion Hutang Belum Tercapai



KUALA KANGSAR: Sasaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) untuk mengutip balik pinjaman sebanyak RM15 bilion sejak ia ditubuhkan 19 tahun lalu belum tercapai.
Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata bagi tempoh 1997 hingga Februari lalu, PTPTN sekadar mampu mengutip balik pinjaman berjumlah RM7.49 bilion.
"Walaupun sudah ada peningkatan daripada segi kutipan balik secara bulanan yang diperoleh PTPTN menerusi beberapa pendekatan termasuk pemotongan gaji, tetapi kita masih belum mencapai sasaran sepatutnya.
"Sejak ditubuhkan hingga sekarang kita telah mengeluarkan RM55 bilion kepada peminjam dan kita sasarkan untuk mengutip balik sekurang-kurangnya RM15 bilion," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN serta Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), di sini Khamis.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata sepanjang tahun ini pula PTPTN telah berjaya mengutip balik pinjaman berjumlah RM980 juta.
Shamsul Anuar berkata PTPTN masih mengkaji dan melihat pendekatan yang bersesuaian untuk melaksanakan potongan gaji terhadap sektor lain bagi membayar balik pinjaman PTPTN.
"Kaedah dan pendekatan kita untuk setiap sektor berbeza tetapi apa yang penting kita nak capai sasaran kita," katanya.
Pada majlis itu, Yayasan Perak menyumbangkan RM9,400 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 47 pelajar Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin yang disampaikan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Sharipah Zulkifli.
PTPTN pula memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 50 keluarga pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan harian. - BERNAMA
Share:

Pindaan Untuk Tingkatkan Kuasa Mahkamah Syariah – TPM

zahid hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bukannya mewujudkan undang-undang baharu sebaliknya meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, PAS mengemukakan usul meminda akta berkenaan untuk memperkasakan lagi undang- undang syariah di negara ini.

“Pindaan RUU itu meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah dan hanya terpakai kepada orang Islam,” katanya mengulas pembentangan usul berkenaan oleh Presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, hari ini.

Pakatan Harapan terutama DAP dikatakan bimbang usul itu akan membuka ruang kepada pelaksanaan hudud.

Ini kerana cadangan usul itu antara lain mahu menaikkan hukuman kesalahan jenayah di Mahkamah Syariah.

Pada masa ini, peruntukan hukuman maksimum Mahkamah Syariah adalah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Untuk melaksanakan hudud di Kelantan PAS perlu membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac 2015 meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

Mengikut laporan, semua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

DUN Kelantan merangkumi 31 wakil PAS, 12 BN dan PKR (1). – BH

Share:

KTMB Sasar 250,000 Pengguna Tren Menjelang 2019



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan 250,000 pengguna tren menjelang 2019 berbanding 117,800 pengguna pada masa sekarang.
Pengurus Besar Pengurusan Projek KTMB Ismail Said berkata sasaran itu selaras pelaksanaan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 27 Mei ini sehingga 2019.
Menurut beliau, kerja-kerja menaik taraf itu dilaksanakan bagi memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak lagi berhadapan dengan kegagalan, kegelinciran mahupun kelewatan atau pembatalan perkhidmatan pada masa hadapan.
"Kami juga ingin menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, Rabu.
Projek empat tahun bernilai RM1.410 bilion itu meliputi kerja membaik pulih landasan dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu serta menaik taraf 16 stesen di sepanjang laluan berkenaan termasuk sistem persemboyanan dan elektrik yang sedia ada.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB Azshidah Shah Shahari berkata tambang tiket bagi perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan berikutan projek naik taraf ini.
Bagaimanapun, katanya akan terdapat perubahan jadual waktu perjalanan tren bagi perkhidmatan KTM Intercity dan Electronic Train Service (ETS), KTM Komuter dan KTM Kargo di antara laluan Tanjung Malim-Rawang-Pelabuhan Klang.
"Pihak KTMB juga sedang menguar-uarkan kepada orang awam mengenai jadual waktu baharu dan mereka boleh melayari www.ktmb.com.my bagi maklumat lanjut," katanya.
Share:

Takwim Cuti Sekolah Untuk Musim Perayaan - KPM


KPM telah mengeluarkan takwin cuti peristiwa dan cuti perayaan tahun 2016 pada awal tahun ini.

Berikut adalah cuti bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri  berdasarkan takwin / cuti yang ditetap oleh KPM. 

Sila ambil perhatian bahawa Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri adalah berbeza bagi Sekolah Negeri Kumpulan A dengan Kumpulan B.

Negeri Kumpulan A
Sekolah Di Kedah, Johor, Kelantan Dan Terengganu
Cuti Hari Raya Aidilfitri : 1 Julai 2016 - 9 Julai 2016

Negeri Kumpulan B
Sekolah Di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya
Cuti Hari Raya Aidilfitri : 2 Julai 2016 - 10 Julai 2016



Share:

Pelajar Tingkatan Enam Naik Taraf


Berkuatkuasa hari ini, semua 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kementerian memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.

"Bagaimanapun penamaan kepada Kolej Tingkatan Enam ini hanya diberikan kepada pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja.

Dengan langkah penamaan kepada kolej ini diharapkan pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dengan cemerlang di Tingkatan Enam ini," katanya selepas Majlis Perasmian Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdullah Mad Yunus dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sofaruddin Ismail,

Katanya pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.

Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.

Mahdzir berkata selain itu Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran prauniversiti yang kondusif.

Beliau berkata pada 2020, Kolej Tingkatan Enam itu dijangka bertambah sebanyak 44 buah, pusat Tingkatan Enam Mod 2 (91 buah) dan Mod 3 (384 buah).

Sementara itu Mahdzir berkata Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri ini juga nanti akan dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam Kulim yang kini mempunyai hampir 600 pelajar Tingkatan Enam.

Ketika berucap, beliau mahu pelajar menjadi insan yang berjaya dan mampu membawa negara ke era yang lebih gemilang.

"Kita tidak mahu ada politik kebencian dan tidak membenarkan rasis perkauman dan kementerian mahukan mereka berjaya pada masa hadapan," katanya.

- BERNAMA

Share:

Sultan Nazrin Shah Sertai Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia Di Istanbul




Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, akan menghadiri Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia (WHS) di Istanbul, Turki, yang berlangsung mulai esok hingga 24 Mei.

Perkara ini dimaklumkan melalui kenyataan Istana Cempaka Sari di Ipoh, yang dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Sambil melampirkan kenyataan WHS tentang perkara itu, kenyataan tersebut berkata Islamic Social Finance For Humanitarian Action (ISFHA) dijangka menjadi satu daripada hasil memuncul dalam respons sejagat terhadap krisis yang disuarakan pada sidang kemuncak berkenaan.

Kata kenyataan itu, Sultan Nazrin, yang juga Pengerusi Bersama Panel Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pembiayaan Kemanusiaan, menegaskan bahawa: "Dunia Islam sepatutnya lebih bermurah hati serta mempunyai kemudahan dari segi kewangan untuk mengatasi kekurangan dana bagi membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan.

Untuk julung kalinya sejak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan, setiausaha agung badan dunia itu, Ban Ki-moon, memanggil satu sidang kemuncak di mana para pemimpin dunia akan berkongsi semangat kemanusiaan dan mengambil tindakan bersifat global bagi menamatkan penderitaan yang ditanggung berjuta-juta wanita, lelaki dan kanak-kanak yang menjadi mangsa konflik dan bencana.

Menurut kenyataan itu, pada 2016, lebih 125 juta wanita, lelaki dan kanak-kanak dari seluruh dunia memerlukan bantuan kemanusiaan.

Katanya, ISFHA akan menjadi inisiatif yang mengiktiraf sumbangan penting mekanisme pembiayaan sosial Islam dalam membantu kemanusiaan serta meneroka peranan penyumbang baharu dan memuncul daripada dana berasaskan agama itu.

Kenyataan itu berkata hasil yang dijangka dicapai pada WHS di Istanbul itu ialah penubuhan sukuk kemanusiaan (bon impak sosial) dan tabung waqaf bagi membiayai tindakan kemanusiaan.

Di samping itu, ia juga akan menyaksikan penubuhan sebuah badan bebas dan bersifat autonomi bagi ISFHA serta pelancaran sebuah badan penetapan standard antarabangsa bagi Instrumen Pembiayaan Sosial Islam.

"Juga, penyelesaian platform pembiayaan secara beramai-ramai (crowdfunding) termasuk pemberi waqaf dan pembayar zakat, akan dapat dicapai," kata kenyataan itu.


- BERNAMA
Share:

Parlimen: KKMM Ambil Pelbagai Langkah Bendung Kecelaruan Bahasa Melayu Di Stesen TV


KUALA LUMPUR - Setiap stesen penyiar telah diminta menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pemantauan Penggunaan Bahasa Melayu dalam membendung kecelaruan penggunaan bahasa Melayu di stesen televisyen.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata ia sebagai langkah pemantauan dalaman di stesen masing-masing.

Menurut kementerian itu, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah mewujudkan Kumpulan Pemantauan Bahasa (Pegawai Bahasa) yang berfungsi memantau, menegur dan membetulkan penggunaan bahasa penerbit, pembaca berita, penyampai televisyen dan radio.

"Bagaimanapun, RTM hanya bertanggungjawab terhadap siaran dan kakitangannya sahaja," katanya.

Ia bagi menjawab soalan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang ingin mengetahui langkah kementerian dalam menyekat kecelaruan bahasa Melayu oleh pengacara di stesen televisyen swasta yang dilihat mencemarkan bahasa tersebut.

Selain itu, KKMM berkata buku 'Garis Panduan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media Massa Tahun 2013' juga telah diterbitkan melalui Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Garis panduan ini telah diterima pakai oleh pengamal media penyiaran, media cetak dan media baharu kerajaan dan swasta yang mengandungi panduan umum tatabahasa Melayu dan panduan penggunaannya, selain panduan sebutan dan penyampaian," kata kementerian itu.

Katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak penyiar swasta turut terlibat sebagai ahli Jawatankuasa Pemantauan Penggunaan Bahasa Melayu dalam media elektronik yang ditubuhkan oleh DBP bersama IPPTAR bagi penambahbaikan penggunaan bahasa Melayu.

Bagaimanapun, kementerian itu berkata dari segi pemantauan bahasa Melayu di stesen televisyen, ia adalah di bawah DBP melalui peruntukan akta di bawahnya seperti Akta Bahasa Kebangsaan.


- BERNAMA

Share:

Kerajaan Sokong Promosi Jenama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa - Najib


LONDON, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan Malaysia menyokong penuh sektor swasta dalam mempromosikan jenama Malaysia di pasaran antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata projek-projek seperti pembangunan semula stesen kuasa Battersea dan sekarang ini, projek Eco World di London, akan menyumbang kepada rancangan kerajaan untuk meningkatkan status Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun.

"Dan ini menunjukkan rakyat Malaysia boleh menjadi pemimpin dunia dan pencabar dunia dalam apa sahaja yang mereka bina, bekerja, berdagang, mengajar, atau mengambil bahagian dalam masyarakat tempatan dan ekonomi," kata beliau.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja ke UK, berkata demikian ketika berucap pada majlis menandakan kerja akhir pembinaan projek Legacy 1 di Embassy Gardens pada Isnin.

Legacy 1 adalah projek oleh pemaju hartanah Malaysia Eco World International.

Pada majlis itu, Najib disambut oleh Pengerusi Eco World Ballymore Holdings Company Tan Sri Liew Kee Sin, Pengerusi Eco World Management & Advisory Services (UK) Lord Jonathan Marland dan Pengarah Urusan Ballymore UK John Mulryan.

EcoWorld bekerjasama Ballymore Group untuk membangunkan tiga tapak utama di London.

Najib memuji usaha sama itu kerana ia juga telah memulakan kerja dalam dua projek lain, iaitu London City Island di Leamouth Peninsula di East London dan Wardian London.

"Pembangunan semula Battersea Power Station oleh konsortium Malaysia menjadi kebanggaan negara - London akan mendapat 'Malaysia Square'.

"Saya percaya kehadiran EcoWorld di ibu negara ini akan memperkukuhkan mesej yang Malaysia percayakan London," kata beliau.

EcoWorld melalui anak syarikat, Eco World Investment telah pada April 2015 memperoleh 75 peratus kepentingan dalam tiga tapak pembangunan di tepi sungai di London dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira dua bilion pound, yang terdiri daripada lebih 2,700 unit kediaman dan 250,000 kaki persegi ruang komersial, rekreasi dan pejabat.

Tiga projek berkenaan ialah Fasa 2 Embassy Gardens di kawasan Battersea Nine Elms, Fasa 2 London City Island di Canning Town, East London dan Wardian London di Canary Wharf.

Pemaju Ireland Ballymore Group memiliki baki 25 peratus daripada tiga tapak berkenaan melalui syarikat usaha sama Eco World-Ballymore Holding Company Ltd.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh EcoWorld berkata Fasa 2 Embassy Gardens dijangka menawarkan 709 unit kediaman persendirian dan 163 unit rumah mampu milik di tiga blok kediaman yang terdiri daripada sembilan hingga 23 tingkat.

Projek yang dilancarkan pada September tahun lepas telah mendapat sambutan baik dengan jualan 128.8 juta pound pada akhir Januari 2016.

- BERNAMA
Share:

Ahli UMNO Dan BN Yang Cuba Sabotaj PRK Kuala Kangsar Akan Disingkirkan - Zambri


Mana-mana ahli parti Barisan Nasional (BN) akan disingkirkan sekiranya cuba mensabotaj calon yang dipilih dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan hadapan. Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mana-mana parti sekalipun tidak akan berkompromi dengan tindakan itu berikutan ia disifatkan mengkhianati parti. 

“Itu prinsip asas yang tidak boleh kita kompromikan. Tindakan mengeluarkan ahli parti yang mensabotaj parti bukan sahaja dilakukan parti BN, malah mana-mana parti sekalipun,” katanya pada sidang media, di sini, selepas mengadakan lawatan kerja dan majlis pecah tanah bangunan pejabat Bromma (M) Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Kinta, Chemor, semalam.



Ditanya mengenai kenyataan Tun Mahathir yang secara terbuka menggesa pengundi Kuala Kangsar supaya tidak memilih BN, Zambry berkata tindakan itu tidak perlu dikesali kerana Tun Mahathir membuat garis sempadan dengan keluar daripada UMNO.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita pertahankan BN, jadi kita tidak perlu mengkritik tindakan beliau. Kalau dulu cabarannya daripada pembangkang, kini cabaran dari mantan Perdana Menteri, jadi kita harus berhadapan cabaran itu,” katanya.

Dari segi kriteria memilih calon yang bakal diumumkan 5 Jun ini, beliau berkata, pihaknya turut mengambil kira pandangan daripada semua pihak bagi melihat calon sesuai untuk meneruskan legasi kepemimpinan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Katanya, beliau percaya cadangan dibuat Perdana Menteri nanti akan mengambil kira semua penilaian
Share:

Kerjasama Masyarakat Penting Dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar

DISIPLIN PELAJAR

Satu jawatankuasa disiplin yang terdiri daripada wakil guru, ibu bapa, polis dan pemimpin masyarakat seharusnya diwujudkan di sekolah-sekolah dalam usaha mengekang pelbagai insiden berkaitan disiplin yang semakin meningkat di kalangan pelajar dewasa ini, kata pendidik.

Rata-rata mereka berpendapat penubuhan jawatankuasa itu perlu diwajibkan di bawah cadangan pindaan kepada peraturan-peraturan Ordinan Pelajaran.

Menurut mereka, pemimpin masyarakat termasuk ketua-ketua agama serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), juga harus bersama-sama menjadi panel jawatankuasa berkenaan memandangkan masalah disiplin di kalangan pelajar turut memberi kesan kepada masyarakat.

"Selain kaunselor, wakil-wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis serta wakil-wakil masyarakat juga perlu menjadi anggota jawatankuasa disiplin sekolah kerana masalah disiplin pelajar bukan sahaja memberi kesan ke atas pihak sekolah malah masyarakat setempat.

"Jika masalah ini tidak ditangani secara menyeluruh, maka pelajar liar ini akan menjadi seorang dewasa bermasalah setelah meninggalkan bangku sekolah kelak," kata Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan.

Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Dr Wan Marzuki Wan Jaafar bersetuju dengan Mohd Ali bahawa masyarakat tempatan perlu terlibat dalam menangani isu-isu disiplin di sekolah kerana tingkah laku negatif lebih kerap daripada tidak, adalah berpunca daripada keluarga dan persekitaran hidup.

"Walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah untuk membesarkan anak-anak dengan baik, saya rasa guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar agar menjadi warganegara yang baik dan berguna kerana mereka (pelajar) menghabiskan sebahagian besar daripada masa harian di sekolah," katanya.

LAPORAN TATATERTIB

Mereka mengulas laporan baru-baru ini yang memetik Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon sebagai berkata bahawa Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959, di bawah Ordinan Pelajaran 1957, akan dikemas kini bagi membolehkan pihak sekolah menangani isu-isu disiplin dengan cara yang seragam mulai tahun depan.

Beliau berkata penambahbaikan peraturan-peraturan itu akan meliputi isu-isu disiplin seperti buli, ponteng sekolah, mengambil dadah dan terjebak ke dalam pengaruh kumpulan-kumpulan militan.

Mohd Ali berkata Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil kira untuk mewajibkan sekolah-sekolah supaya menyediakan laporan dari masa ke masa bagi membolehkan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan lain mengikuti perkembangan terkini mengenai kedudukan disiplin pelajar sekolah berkenaan.

Laporan itu, katanya perlu dibawa untuk dibincangkan semasa mesyuarat PIBG dan adalah menjadi tanggungjawab pengetua atau guru yang bertanggungjawab untuk menjelaskan keadaan disiplin di sekolah berkenaan.

"Tetapi mereka perlu bersikap terbuka jika menghadapi masalah disiplin dan tidak cuba menyembunyikan hakikat itu hanya kerana mahu melindungi imej sekolah tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan awal sebelum menjadi serius, guru kelas perlu tahu cara untuk mengenal pasti ciri-ciri pelajar bermasalah supaya mereka boleh diberi kaunseling sewajarnya.

MEROTAN IKHTIAR AKHIR

Sambil menegaskan bahawa kuasa mendisiplinkan pelajar perlu diberikan kepada semua guru, Mohd Ali berkata persepsi bahawa hanya guru disiplin boleh berbuat demikian perlu diubah.

"Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi juga untuk menangani sahsiah murid supaya mereka membesar sebagai individu yang berperibadi baik dan serba boleh," katanya.

Berhubung laporan baru-baru ini yang memetik Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof sebagai berkata bahawa satu pekeliling dikeluarkan pada 2003 bagi membolehkan pengetua merotan pelajar yang melakukan kesalahan serius, Mohd Ali berkata pihak sekolah hanya akan bertindak mengenakan hukuman sebat ke atas pelajar setelah semua usaha seperti amaran dan sesi kaunseling, gagal mendisiplinkan mereka.

"Hukuman sebat perlu dijalankan mengikut prosedur yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan. Sebagai contoh, pelajar lelaki boleh dirotan oleh sama ada guru lelaki atau guru perempuan tetapi pelajar perempuan hanya boleh dirotan oleh guru perempuan untuk mengelakkan timbulnya isu-isu sensitif," katanya.

Sambil menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa hukuman sebat mencabul hak asasi manusia, Mohd Ali berkata masyarakat harus berfikiran terbuka dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya barat kerana sistem pendidikan Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri untuk mendisiplinkan pelajar.

Katanya hukuman merotan dikenakan ke atas pelajar dengan harapan memberi kesedaran dan keinsafan agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Wan Marzuki berkata selalunya, kebanyakan sekolah memilih hukuman merotan sebagai pilihan terakhir kerana tidak mahu menimbulkan kemarahan ibu bapa.

"Mungkin, pihak sekolah perlu menjelaskan kepada seluruh masyarakat bahawa hukuman sebat adalah satu cara yang berkesan dalam memberi asuhan dan didikan kepada pelajar untuk berubah dan membuka lembaran baru," katanya.

TIDAK SALAH GUNA KUASA

Bagaimanapun, katanya guru hanya perlu menggunakan rotan apabila benar-benar perlu dan tidak sama sekali menggunakannya sebagai cara melepaskan kemarahan terhadap pelajar.

"Mereka boleh menggunakan rotan untuk mendidik pelajar tetapi tidak menggunakannya sebagai jalan melepaskan geram kerana kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.

Beliau juga menggesa pihak sekolah agar melihat perkembangan pelajar yang dikenakan hukuman sebat sama ada wujud perubahan positif dalam tingkah laku mereka.

"Perubahan sikap di kalangan pelajar bermasalah ini penting kerana daripada situ kita dapat lihat sama ada hukuman rotan ini memberi kesan baik atau sebaliknya. Hukuman rotan bertujuan mendidik bukannya untuk mendera atau mencederakan, jadi ibu bapa dan masyarakat harus memahaminya," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata pengetua atau guru-guru tidak boleh menggunakan rotan sewenang-wenangnya kerana terdapat prosedur tertentu yang perlu diikuti sebelum mengenakan hukuman sebat.

"Hukuman sebat ini akan dikenakan, jika pelajar itu mengakui kesalahannya selepas siasatan dilakukan berdasarkan bukti-bukti kukuh dan sahih," katanya.

- BERNAMA
Share:

Mi Udang 3 Ekor Tarikan Utama Restoran MUTE



Mi Udang Tiga Ekor antara menu istimewa di Restoran MUTE, Bagan Jermal di Butterworth.

MELEWATI Taman Bagan Jermal, di Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, anda akan dapat menyaksikan sebuah restoran berdiri megah dengan nama yang unik, Restoran MUTE. Kedudukannya di tepi jalan utama lama Butterworth-Alor Setar, tidak jauh dari bandar yang menempatkan terminal feri ke Pulau Mutiara.
Restoran yang mula beroperasi pada 1 November lalu ini adalah lambang kejayaan Harun Osman, 61, dan isterinya, Junaidah Mohd Noor, 56, hasil kegigihan mereka merealisasikan impian membuka sebuah restoran setelah bersara daripada jawatan masing-masing.
Selama 31 tahun Harun Osman bertugas sebagai jurugambar di syarikat akhbar arus perdana, Utusan Melayu (M) Bhd. Beliau mula bertugas pada November 1975 di Johor Bahru, Johor dan bersara wajib pada Januari 2006 di Kuala Lumpur.



Beliau bertugas sebagai jurugambar untuk akhbar dan majalah-majalah terbitan Kumpulan Utusan.  Kebanyakan gambar majalah adalah untuk menghiasi majalah-majalah hiburan, termasuk gambar kulit depan (cover).  Kerana itu boleh dikatakan sebahagian artis ketika itu mengenali beliau dan tetap menjadi kawannya sehingga kini.  


Barangkali kerana banyak bergaul dengan artis, Harun juga memiliki ciri-ciri seperti artis. Antaranya kebolehan menyanyi dan menari menurut rentak dan irama lagu. Dalam pelbagai pertandingan nyanyian atau karaoke yang disertainya, beliau menampilkan kebolehan menyanyi sambil menari.



Sering kali pula beliau muncul juara dalam pertandingan atau sekurang-kurangnya  dalam senarai  tiga teratas.



Namun Harun juga mempunyai satu lagi kelebihan, iaitu kebolehan memasak. Sewaktu bekerja dahulu, beliau sering memasak dan membawa makanan ke pejabat untuk menjamu rakan-rakan. Rakan-rakan memang tahu masakan beliau enak. Ada yang membuat tempahan untuk majlis-majlis tertentu.



Selepas bersara, Harun meneruskan kerja-kerja fotografi untuk Umno Malaysia dan Parlimen sementara menunggu isterinya, Junaidah atau June, yang bekerja di syarikat yang sama, bersara.


Apabila June bersara wajib pada 2015 mereka mengambil keputusan untuk pindah ke kampung halaman Harun di Butterworth. Rumah di Kuala Lumpur didiami anak-anak dan pada waktu tertentu mereka suami isteri datang ke ibu negara. 

Bagi Harun, kembali ke kampung halaman di Jalan Mohd Saad , Bagan Jermal, bersama June yang berasal dari Kuala Kurau, Perak, memang menjadi satu impian.

Katanya, memang seronok kembali ke tempat tumpah darah, apatah lagi dikelilingi saudara mara dan rakan-rakan yang menjadikan susasana begitu menyeronokkan.

Sebagai seorang yang aktif bekerja selama lebih tiga dekad, Harun tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa kerja khusus. Lalu beliau dan isteri serta anak-anak berbincang serta merancang apakah yang terbaik boleh mereka lakukan, seterusnya boleh dijadikan sumber pendapatan yang baru. 

Biasanya apabila kita mahir dalam sesuatu bidang tertentu, kemungkinan besar kita akan menceburi bidang yang sama selepas bersara. Tetapi Harun tidak menceburi bidang fotografi yang sudah diharunginya untuk sekian lama itu. 

“Setelah isteri saya bersara pada 2015 dan kami pindah ke Butterworth, belum ada perancangan khusus untuk kami mengisi usia persaraan. Namun duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa menimbulkan rasa bosan. Setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak, kami  merancang untuk membuka restoran.

Herb Marinade Lamb

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira kebolehan saya memasak mi kuah. Anak pula pandai masak makanan barat,” kata Harun ketika ditemui penulis di restorannya baru-baru ini sambil ditemani isterinya, June yang memang sentiasa berada di restoran tersebut bersama Harun. 


Harun memberitahu, masakan mi beliau pernah ditempah oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee untuk menjamu orang kenamaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin yang hadir di Rumah Terbuka Umno Bahagian Cheras di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, suatu ketika dahulu.



Keputusan muktamad dicapai, bermulalah proses mencari lot kedai untuk dijadikan restoran. Hampir dua bulan mereka bertungkus lumus mencari, barulah akhirnya menemui sebuah lot kedai yang hendak disewakan di Taman Bagan Jermal, Butterworth, kira-kira 500 meter dari kediamannya. Proses pengubahsuaian dijalankan. Keperluan seperti kerusi meja, pinggan mangkuk, dapur dan sebagainya dibeli. 


Setelah siap segalanya maka restoran tersebut yang dinamakan ‘Restoran MUTE’ memulakan operasi pada 1 November 2015 di Lot 13-G, Jalan Kampung Gajah, Taman Bagan Jermal, dengan bermodalkan RM70,000.


Harun dan isteri serta anak-anak menjadi tulang belakang restoran ini. Beliau dan anak menjadi chef (tukang masak) sementara isterinya membuat air. Anak kedua menjadi juruwang (cashier) dan anak ketiga (perempuan) menjadi waiter. Harun juga menggaji dua pekerja tambahan.



Dua orang lagi anak Harun, iaitu yang keempat dan kelima, masih belajar dan tinggal di asrama di Kuala Lumpur. Apabila waktu cuti mereka datang membantu di restoran. Anak keempat belajar di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) dan kelima di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Cheras. 


Pemilik restoran bersama penulis (kanan) serta isteri di hadapan premis perniagaan mereka.

Apakah pengertian MUTE yang dipilih Harun menjadi nama restorannya? Ia bukan bermakna bisu seperti maksud MUTE dalam bahasa Inggeris.

“MUTE bermaksud ‘Mi Udang Tiga Ekor’ yang merupakan menu utama di restoran ini. Mi udang disertakan tiga ekor udang berharga RM15 sepinggan. Jika pelanggan membuat permintaan agar ditambah udang, ia boleh dibuat tetapi harganya juga lebih sedikit,” kata Harun. 

Beliau memberitahu, sambutan untuk mi udang tiga ekor ini memang menggalakkan. Ia menjadi menu pilihan utama kebanyakan pelanggan selain pelbagai lagi menu lain yang enak-enak. Berkunjung ke restoran MUTE tanpa memesan mi udang bagaikan tidak lengkap kerana itulah ‘mahkota’ menu di restoran tersebut. 

“Mi udang tiga ekor dan nasi goreng Mak Udoh, sempena resipi emak saya, paling disukai ramai. Juga ada menu kuey teow Singapura dan mi goreng hailam. Bagi makanan barat yang popular pula antaranya ialah Alverta Fish n Chop, Red Devil Spaghetti, Aglio Olio, Geffen Beef Carbonara dan Prontera Seafood Carbonara,” kata Harun bercerita.  


Geffen Beef Carbonara
Bagi pesanan sampingan atau ‘side orders’ antara yang menjadi pilihan ramai ialah French Fries, Meltdown Chips, Dragon Egg, Tempura Dragon Egg dan Potato Wedges. 

Untuk minuman pula, antara yang popular ialah  Cocoa Mist, Mastela Fruit Mist selain minuman biasa seperti teh, kopi, nescafe dan lain-lain turut terdapat di dalam menu. 



Mastela Fruit Mist

Menurut Harun, dalam sehari jualan purata mereka adalah sekitar RM1,000. Beliau berharap jualan akan bertambah dengan penambahan menu yang bakal dilaksanakan secara berperingkat.

“Jika keadaan kewangan mengizinkan, saya  berhasrat membeli kerusi meja dan pinggan mangkuk tambahan menjelang bulan Ramadan nanti serta tambahan menu untuk buffet Ramadan dengan anggaran kos keseluruhan RM20,000.

“Antara menu tambahan yang saya fikir sesuai untuk berbuka puasa ialah nasi berlauk. Juga menu lain yang masih dalam perancangan,” kata Harun.

Mengenai perancangan menu untuk jangka masa panjang, beliau merancang memasukkan ikan bawal goreng panas-panas, kari steamboat dan kari ikan sembilang. Sejajar dengan itu beliau berhasrat menambah tiga lagi tukang masak dan dua orang pembantu.

Berdasarkan maklum balas pelanggan melalui Facebook Restoran MUTE, nyata mereka sangat berpuas hati dengan mutu dan rasa makanan yang disajikan serta layanan yang diberikan. Rata-rata mereka memberi pujian bahawa makanan sedap. Harun dan June pastinya gembira dengan reaksi positif yang diberikan oleh pelanggan .

“Pelanggan adalah keutamaan kami. Kami mahu mereka puas hati dengan makanan dan perkhidmatan yang disediakan. Reaksi positif mereka menjadi pendorong kepada kami untuk terus menyajikan makanan yang enak, mempelbagai menu dan memberi perkhidamatan terbaik,” kata June.

Untuk menambahkan kesegaran restoran, ia diserikan dengan hiasan sederhana tetapi menarik, seperti tin minuman lama dan juga kulit piring hitam penyanyi popular di era Harun menjadi jurugambar. Kesemuanya nampak menarik menghiasi dinding batu-bata merah.

Bagi para pelanggan Islam, tidak perlu bimbang jika masuk waktu solat ketika berada di restoran MUTE. Ini kerana kemudahan surau juga disediakan.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana cita-cita hendak membuka restoran sudah menjadi kenyataan. Semoga ia akan terus berjaya dan popular di kalangan pelanggan,” kata Harun.

“Kami berharap orang ramai akan memberi sokongan. Kami mengalu-alukan pandangan ramai demi memperbaki lagi mutu perkhidmatan dan menu makanan kami,” kata June pula.

Harun memberitahu, Restoran MUTE juga sedia menerima tempahan bagi majlis-majlis  tertentu. Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 04-3134128 atau telefon bimbit Chef 013-5771000.

Dan jika anda ingin merasai mi udang dan nasi goreng Mak Udoh yang enak, serta makanan barat yang menyelerakan, berkunjunglah ke restoran MUTE. Makanan enak dan layanan mesra sedia menanti anda. -mstar




Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages