KAK JUE BLOG'S

Waspada Tawaran Kerja Palsu Di TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu.

TNB dalam satu kenyataan hari Rabu berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu.

Lebih membimbangkan individu yang menyamar itu turut meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerja selain memajukan surat tawaran kerja palsu.

Menurut kenyataan itu, pengambilan warga kerja oleh syarikat berkenaan akan dibuat menerusi iklan termasuklah di laman web www.tnb.com.myatau terus ke pautan https://emadis.tnb.com.my serta portal JobStreet.com dan bukannya melalui individu tertentu.

Malah TNB juga tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran.

Justeru mana-mana pihak yang menerima tawaran kerja mencurigakan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan TNB di talian 03-2296 6537atau 03-2296 6818. – Bernama
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages