KAK JUE BLOG'S

Wan Mohammad Khair-il Banyak Menyumbang Kepada Kerajaan, Rakyat Dan UMNO - Najib



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian ke rahmatullah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai kehilangan seorang rakan seperjuangan yang banyak menyumbang kepada kerajaan, rakyat dan UMNO.

"Pengesahan yang saya terima semalam ialah pemergian Allahyarham Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad akibat nahas helikopter AS 350.

"Saya telah kehilangan seorang rakan seperjuangan dalam UMNO yang telah banyak menyumbang kepada kerajaan, rakyat dan parti kita UMNO," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau berada bersama keluarga Allahyarham semalam di Hospital Umum Sarawak dan telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Al-Fatihah," katanya.

Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan anggota Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan.

Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan antara enam yang terlibat dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang Khamis lepas.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumi di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan, hari ini.


- BERNAMA

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages