KAK JUE BLOG'S

Larian Bendera Sempena 70 Tahun Penubuhan UMNO Bermula Hari Ini




Larian Bendera UMNO peringkat Zon Utara sempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO, bermula di Perlis hari ini.

Larian yang disertai kira-kira 1,000 Pemuda UMNO bermula 2 petang di Padang Besar melalui Kangar, Arau dan tamat di sempadan Perlis-Kedah di Kodiang kira-kira 6 petang.

Turut serta berlari dari Arau ke Kodiang hampir lapan kilometer ialah Setiausaha Kerja UMNO Perlis Kamarudin Abdun dan Ketua Pemuda UMNO Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar.

Di sempadan (Kodiang), Syed Atif menyerahkan bendera UMNO kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyerahkannya pula kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian Jerlun merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif untuk meneruskan larian.



Kamarudin berkata cuaca panas tidak menjejaskan larian yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan UMNO.

"Larian ini adalah simbolik perjuangan 70 tahun UMNO ditubuhkan, bertujuan menyuntik semangat Pemuda UMNO agar lebih mantap menghadapi ujian selain mengukuhkan perpaduan," katanya.


Larian peringkat Zon Pantai Timur juga bermula hari ini di Pangkalan Kubur, Kelantan dan berakhir di sempadan Kelantan/Terengganu di Kuala Besut petang tadi.






- BERNAMA
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages