Berbagai agenda tersembunyi DAP telah dihuraikan sebelum ini, berbagai strategi nyata dan tidak nyata dibentangkan. Semuanya itu bukan sekadar artikel penglipur lara yang mana untuk menghiburkan hati banyak pihak.
Pendedahan demi pendedahan dilakukan didalam bentuk penulisan adalah bertujuan untuk menyedarkan bangsa Melayu yang kini sedang di”gula-gula” kan oleh DAP dengan berbagai impian dan harapan.
Kita amat berharap, ada diantara kita yang telah meyokong DAP agar berpatah kembali ke jalan perjuangan bangsa yang menentukan hala tuju sesuatu bangsa dimasa akan datang. Bukan untuk membawa bangsa Melayu kearah jalan jalan penghinaan melalui bangsa asing.
Mungkin hari ini, dengan pelbagai tohmahan yang dilakukan oleh DAP dan sekutunya termasuk pro Mahathir terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib hanya menjurus kepada satu sudut cara pemerintahan dan juga yang menjurus kepada kepentingan mantan politik.
Kita boleh melihat , persepsi yang cuba ditanamkan tidak ubah untuk memburukkan sokongan terhadap Najib Razak dan pada kebanyakan kenyataannya menjurus kepada arah tersebut. Namun kita jarang sekali melihat ada kenyataan yang mengajak kita mengukuhkan bangsa Melayu.
Kenyataan-kenyataan yang hanya berkisar kepada 1MDB, RM2,6 billion dan juga mengumpulkan tanda tangan sebagai langkah untuk menjatuhkan Najib Razak. Semua itu dilakukan dengan berpaksikan agenda untuk menaikkan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Disatu sudut lain pula DAP terus menggunakan kesempatan ini , menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan sikap rasis terhadap bangsa Melayu disamping menggunakan Melayu untuk memecah belahkan Melayu.
Ketaksuban sebilangan orang Melayu terhadap DAP sehingga ada yang sanggup melanggari hukum adat dan budaya Melayu dan mementingkan DAP dari segalanya. Ada diantaranya seakan sanggup mati bersama DAP, sedangkan pada masa yang sama DAP melancarkan kezaliman terhadap orang Melayu tanpa belas kasihan.
Seakan sudah tiada perasaan kasih dan sayang sesama Islam dan sebangsa apabila menyokong DAP. Bangsa dan darah Melayu didalam tubuhnya seakan sudah “dicinakan” sehingga kan kerana DAP Melayu-Melayu ini akan menjadi benteng pertahanannya.
Mungkinkah satu hari nanti orang Melayu DAP akan meminta pemimpin mereka membacakan talkin untuk ibu bapa, anak-anak dan saudara-saudara mereka yang meninggal dunia . Mana tidak nya sekarang pun kita sudah melihat bagaimana sudah ada yang sanggup menjemput orang Cina DAP mengunting rambut anak atau cucu mereka.
Mungkin bagi mereka tindakan menjemput pemimpin DAP ini akan mendapat lebih afdal dan membawa berkat berbanding dengan imam-imam atau tuan-tuan guru yang mengguntingnya. Keberkatan tangan yang tidak disamak dan disucikan dengan air tanah itu mungkin lebih baik dari tangan-tangan yang disucikan dengan air sembahyang.
Sebagaimana kita tahu, DAP akan melalukan apa sahaja untuk menunjukkan keperihatinan mereka kepada bangsa “sasaran” untuk dijadikan “peluru” demi mencapai agenda politik mereka. Mereka (DAP) sanggup melabur dan membunag masa demi memastikan keryakinan “sasaran” mereka masuk kedalam perangkap yang disediakan.
Apabila sudah mencapai satu tahap keyakinan dan mula melihat bagaimana orang Melayu mengatakan bahawa DAP lebih baik daripada orang Melayu UMNO dan PAS. Dan menafikan bahawa DAP tak makan rasuah, membantu mereka, ambil berat masalah mereka, menghormati agama Islam.
DAP akan melihat kenyataan kontra , apabila orang melayu sendiri akan mengatakan bahawa pemimpin dan orang UMNO adalah syaitan, zalim, menindas, rasis dan tidak membantu orang Melayu dan rakyat Malaysia. UMNO makan rasuah dan curi duit rakyat.
Pada ketika ini DAP dengan penuh yakin bahawa orang Melayu DAP menumpahkan seluruh taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin dan parti DAP. Dimasa ini apa juga dilakukan oleh DAP terhadap bangsa Melayu yang lain akan dipertahankan sehingga sanggup berpatah arang.
Justeru itu , tidak hairan lah ada orang Melayu yang sanggup nak saman neneknya hanya kerana cuba menghalangnya dari bertanding sebagai calon pilihanraya. Kesetiaan begini secara tidak langsungnya akan memecahkan Melayu dan hubungan sesama Melayu.
Maka tercapailah agenda DAP untuk memastikan Melayu bukan lagi didalam satu kelompok yang terkuat. Agenda dalaman telah dilakukan melalui kapasiti Melayu itu sendiri. Masih lagi tidak mahu sedar, seburuk mana pun pemerintahan Melayu sekarang, kita masih mempunyai sebuah negara bernama Malaysia.
Apa-apa pun boleh berlaku apabila ketaksuban dan kebencian mengalahkan kebenaran dan keimanan sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.
No comments:
Post a Comment