PUTRAJAYA – Malaysia dijangka berdepan masalah jerebu pada bulan depan hingga Oktober ini berikutan cuaca panas dan kering yang akan dialami Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keadaan jerebu itu kemungkinan berada pada tahap sederhana kerana fenomena La Nina diramal berlaku pada tempoh sama yang menyebabkan hujan, sekali gus mengurangkan impak jerebu.
“Berdasarkan kajian oleh Pusat Meteorologi Khad ASEAN (ASMC) di Singapura, fenomena La Nina ini mungkin menyebabkan banjir di beberapa tempat di Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Wan Junaidi juga berkata, perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Sumatera yang ditandatangani sebelum ini tidak akan dilaksanakan, sebaliknya masalah jerebu rentas sempadan itu akan ditangani menerusi kerajaan dengan kerajaan (G2G).
“Indonesia tidak dapat meneruskannya kerana dilihat tidak efektif disebabkan Sumatera sahaja tidak mampu menangani masalah itu, sebaliknya memerlukan kerjasama kerajaan pusat.
“Justeru, satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan instrumen di bawah G2G berkenaan akan diadakan di Indonesia pada 30 Mei ini,” katanya. – BH
No comments:
Post a Comment