KAK JUE BLOG'S

Rakyat Sungai Besar Mahu Kemajuan Yang Dibawa Datuk Noriah Diteruskan

images (9)

Ramai dikalangan rakyat di P93 Sungai Besar masih meratapi pemergian Allahyarham Datuk Hajjah Noriah Kasnon ke Rahmatullah, malam Jumaat yang lalu. Pemergian Allahyarham disaat beliau sedang sibuk membantu kakak angkatnya, Datuk Rohani Abdul Karim semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru lalu, cukup sukar diterima oleh hampir kesemua penduduk di Parlimen berkenaan.
Namun, seperti kata-kata pujangga, hidup mesti diteruskan. Setelah kehilangan beliau, pastinya semua pihak sedang tertanya-tanya, siapakah yang bakal menggantikan kedudukan dan kerusi yang ditinggalkan Allahyarham di Sungai Besar. Paling utama, adakah legasi kemajuan dan corak pentadbiran mesra rakyat akan diteruskan di Parlimen berkenaan.

prk sg besar khir toyo 7

Menyoroti Parlimen ini, majoriti penduduk yang mendiami Parlimen ini adalah dari kaum Melayu yang secara puratanya melangkaui 67 peratus dari jumlah keseluruhan Parlimen ini. Kaum Cina pula adalah kaum kedua terbanyak dengan 31 peratus dan diikuti oleh kaum India iaitu sebanyak 2 peratus.
Pastinya, sesiapa sahaja yang menggenggam kerusi P93 Sungai Besar ini akan berhadapan dengan kepelbagaian kaum dan segala keputusan harus juga mempertimbangkan kepentingan kaum Melayu, Cina dan India yang mendiami Parlimen ini. Inilah yang berjaya dilakukan oleh Allahyarham Datuk Hajjah Noriah Kasnon walaupun beliau berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti tipis, iaitu 399 undi.
Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen di Sungai Besar ini, banyak kemajuan dibawa oleh beliau dan barisan jenteranya. Paling utama, kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan oleh Allahyarham tanpa mengira latar belakang mereka yang dibantu. Ini adalah cabaran besar bagi pengganti beliau untuk setidak-tidaknya menghampiri legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham.
Namun begitu, tidak semuanya berada didalam kedudukan terbaik. Tidak kira dimana, pastinya ada masalah yang menyelubungi dan perkara ini tidak terkecuali dengan Sungai Besar. Antara yang paling ditekankan adalah subsidi padi yang dikatakan agak lewat sampai kepada pesawah di sekitar Parlimen ini.

images (7)

Sepanjang Allahyarham menjadi Ahli Parlimen disini, beliau dilihat sentiasa menyemak tarikh pembayaran kepada semua yang terlibat di Parlimen ini. Apa yang beliau mahu, semua bayaran berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa mengira apa jua alasannya.
Menyentuh mengenai pertikaian pembinaan Lebuh Raya Pesisir yang ada menimbulkan beberapa rungutan di kalangan penduduk, perkara ini sebenarnya memang sedang diusahakan oleh Allahyarham untuk mengatasinya dengan cara yang lebih diplomatik. Namun begitu, usahanya tersekat di pertengahan jalan dan pastinya, pengganti beliau kelak akan meneruskan usaha beliau andai rakyat di Sungai Besar menaruh keyakinan terhadap calon yang akan diketengahkan oleh Barisan Nasional kelak.
Tidak dilupakan tentang pembangunan jeti pendaratan ikan disini. Walaupun di jeti ini dikuasai sepenuhnya oleh kaum Cina, namun sebagai AHli Parlimen yang tidak pernah kenal erti perbezaan bangsa, beliau mahu memastikan keadaan jeti ini sentiasa terjaga dan sentiasa mahukan ianya digunakan oleh semua nelayan tanpa mengira bangsa.
Inilah antara cabaran yang harus ditempuhi oleh bakal calon terutamanya dari Barisan Nasional andai mahu bertanding di Parlimen ini. Namun demikian, legasi yang ditinggalkan Allahyarham pastinya akan sedikit sebanyak membantu melancarkan calon yang bakal menggantikan tempat Allahyarham kelak.

images (8)

Untuk waris dan sanak saudara kepada Datuk Hajjah Noriah Binti Kasnon, kami dipihak auditorial mengucapkan salam takziah. Al Fatihah
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages