KAK JUE BLOG'S

90 Peratus Guru Anak Sarawak Dalam 3 Tahun Lagi – Najib



KUCHING: Kerajaan sasarkan 90 peratus guru di Sarawak adalah anak tempatan dalam tempoh tiga tahun lagi, daripada 81 peratus sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia bagi membolehkan kelompok tenaga pendidik yang stabil akan dapat diwujudkan di Bumi Kenyalang ini, sekali gus melancarkan agenda pendidikan yang dibawa kerajaan.
Beliau berkata, langkah sedemikian juga tidak lain, bertujuan menyelesaikan beberapa keluhan warga pendidik dari negeri ini yang sebelum ini mahu pulang untuk berkhidmat di negeri sendiri.
Beliau berkata demikian berucap ketika merasmikan Majlis Penyampaian Tablet Kepada Guru-Guru berserta Pengisian e-tutor Utusan Malaysia di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan akan memastikan sekolah pedalaman dan luar bandar di Sarawak yang berada dalam keadaan daif akan dibangunkan semula menggunakan teknologi Sistem Binaan Industri (IBS).
Beliau juga menyatakan untuk memajukan pendidikan di Sarawak memerlukan dua dimensi utama iaitu pembangunan kepada prasarana fizikal dan rangkaian internet yang baik serta pembangunan modal insan. “Pertama, soal prasarana fizikal dan rangkaiannya, termasuk penggunaan broadband dan rangkaian kemudahan internetnya mesti diperluaskan lagi di seluruh negeri ini.
“Pembangunan modal insan.. ini dimensi kedua yang begitu penting sekali. Kalau salah satu kita tidak buat maka tempanglah bagi pembangunan pendidikan di Sarawak ini,” katanya.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages