KAK JUE BLOG'S

Sultan Nazrin Shah Sertai Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia Di Istanbul




Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, akan menghadiri Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia (WHS) di Istanbul, Turki, yang berlangsung mulai esok hingga 24 Mei.

Perkara ini dimaklumkan melalui kenyataan Istana Cempaka Sari di Ipoh, yang dihantar kepada Bernama di sini hari ini.

Sambil melampirkan kenyataan WHS tentang perkara itu, kenyataan tersebut berkata Islamic Social Finance For Humanitarian Action (ISFHA) dijangka menjadi satu daripada hasil memuncul dalam respons sejagat terhadap krisis yang disuarakan pada sidang kemuncak berkenaan.

Kata kenyataan itu, Sultan Nazrin, yang juga Pengerusi Bersama Panel Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pembiayaan Kemanusiaan, menegaskan bahawa: "Dunia Islam sepatutnya lebih bermurah hati serta mempunyai kemudahan dari segi kewangan untuk mengatasi kekurangan dana bagi membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan.

Untuk julung kalinya sejak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan, setiausaha agung badan dunia itu, Ban Ki-moon, memanggil satu sidang kemuncak di mana para pemimpin dunia akan berkongsi semangat kemanusiaan dan mengambil tindakan bersifat global bagi menamatkan penderitaan yang ditanggung berjuta-juta wanita, lelaki dan kanak-kanak yang menjadi mangsa konflik dan bencana.

Menurut kenyataan itu, pada 2016, lebih 125 juta wanita, lelaki dan kanak-kanak dari seluruh dunia memerlukan bantuan kemanusiaan.

Katanya, ISFHA akan menjadi inisiatif yang mengiktiraf sumbangan penting mekanisme pembiayaan sosial Islam dalam membantu kemanusiaan serta meneroka peranan penyumbang baharu dan memuncul daripada dana berasaskan agama itu.

Kenyataan itu berkata hasil yang dijangka dicapai pada WHS di Istanbul itu ialah penubuhan sukuk kemanusiaan (bon impak sosial) dan tabung waqaf bagi membiayai tindakan kemanusiaan.

Di samping itu, ia juga akan menyaksikan penubuhan sebuah badan bebas dan bersifat autonomi bagi ISFHA serta pelancaran sebuah badan penetapan standard antarabangsa bagi Instrumen Pembiayaan Sosial Islam.

"Juga, penyelesaian platform pembiayaan secara beramai-ramai (crowdfunding) termasuk pemberi waqaf dan pembayar zakat, akan dapat dicapai," kata kenyataan itu.


- BERNAMA
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages