KAK JUE BLOG'S

PRK Kuala Kangsar : Tiga Calon Disebut-sebut

Kuala Kangsar

PILIHAN Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Kangsar (P.067) bakal diadakan dalam masa terdekat. Menurut desas desus yang sedang bertiup kencang dikalangan penduduk tempatan, calon pertama adalah Pengarah Biro Tatanegara Perak (BTN) Shamlan Bin Zabaai dan calon kedua merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari.
Apabila Dato Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar  meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini maka BN dikatakan perlu mempertimbangkan satu kerusi wanita untuk PRK kali ini.
Antara yang di dalam pertimbangan ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar Aishah Halid dan naibnya, Rohaya Abd Rajak.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa Umno sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon PRK Kuala Kangsar.
Persiapan awal sedang dilakukan ibu pejabat Umno selain melihat senarai pengundi, kawasan, demografi dan komposisi kaum di kedua-dua kawasan tersebut.
Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lepas.
Nama lain yang turut disebut ialah Ketua Wanita UMNO Pasir Salak Datuk Wan Norashikin Wan Nordin. Beliau sebelum ini pernah menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua Puteri Perak. Selain itu pernah menjadi ADUN Kampung Gajah yang sebelum ini digugurkan dalam pilihan raya lalu.
Selain daripada itu juga, nama Ustaz Kazim Elias turut disebut-sebut sebagai salah seorang calon PRK Kuala Kangsar . Namun begitu, peluang beliau agak nipis memandangkan beliau pernah menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana masih belum bersedia terbabit dalam politik.
Semua pihak memang ternanti-nanti pengumuman nama calon PRK Kuala Kangsar nanti. Semua pihak akan bekerja keras bagi memastikan calon Barisan Nasional dapat memepertahankan kerusi parlimen tersebut.
  • PRU14.tv
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages