KAK JUE BLOG'S

Kehilangan Helikopter : Usaha Mencari Telah Digerakkan

1f44a50d-03a7-4fbe-abf9-426da7c30d1e

Disaat negeri Sarawak sedang bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11, seluruh negeri dan negara dikejutkan dengan kehilangan sebuah helikopter jenis Hornbill AS350 Eurocopter yang membawa lima orang penumpang dan seorang juruterbang, petang semalam.
Menurut laporan awal, helikopter ini berlepas dari Sekolah Menengah Spaoh, Betong Sarawak menuju ke Kuching pada jam 4.12 petang. Sewaktu berlepas, cuaca pada ketika itu dilaporkan berada dalam keadaan baik walaupun mendung.

e0a6b611-f16c-4e01-81f1-f16382bc4264

Namun begitu, pada jam 4.32 petang, helikopter ini dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan dan lokasi terakhir pesawat ini dikesan di kawasan Triso, Sebuyau, 20 minit selepas pesawat ini berlepas dari Betong.
Pesawat berkenaan membawa Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Hajah Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Tuan Asmuni bin Abdullah, suami kepada Datuk Noriah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan seorang pengawal peribadi, Ahmad Sobri bin Harun.
Menurut Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohammad Sabtu Osman, mereka mendapat laporan awal dari Department of Civil Aviation Malaysia (DCA) pada jam 8.20 malam. Sejurus mendapat laporan berkenaan, pasukan polis telah menggerakkan pasukan mencari dan penyelamat bersama-sama pasukan Bomba dan Penyelamat ke lokasi kali terakhir helikopter berkenaan dikesan.

7d24ae13-93e7-4886-aefd-fde353d15ae9

Ujar beliau, sehingga laporan awal dikeluarkan oleh pasukan DCA, tiada sebarang komunikasi kecemasan dikesan dihantar oleh helikopter berkenaan dan beliau mengesahkan keadaan cuaca pada ketika itu berada dalam keadaan buruk dengan hujan serta angin kuat dilaporkan berlaku disekitar lokasi. Lebih memburukkan keadaan, lokasi berkenaan dilaporkan berhampiran dengan sungai serta keadaan geografinya yang agak berpaya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang kononnya helikopter berkenaan telah selamat mendarat di mana-mana lokasi samada di Sri Aman mahupun di Betong. Beliau menegaskan, hanya pihak berkuasa dan DCA sahaja yang layak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan orang ramai dinasihatkan usah terlalu mudah membuat sebarang spekulasi.

Berita lanjut menyusul
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages