KAK JUE BLOG'S

Rumah Untuk Golongan Berpendapatan Rendah Fokus Utama Kerajaan



Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM140 ribu seunit untuk membina PPR Taman Danau, Hulu Selangor lengkap dengan segala fasiliti awam. Namun, PPR ini hanya dijual kepada mereka yang layak dengan hanya RM35,000 seunit. PPR Taman Danau, Hulu Selangor merupakan penyaluran subsidi Kerajaan secara terus kepada rakyat membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap golongan setinggan dan berpendapatan rendah untuk tinggal di rumah yang selesa dan mempunyai fasiliti yang mencukupi.
2. Projek ini merupakan janji YAB Perdana Menteri semasa pilihanraya di Hulu Selangor pada 2010 lalu dengan tujuan untuk menyelsaikan masalah perumahan penduduk di penempatan Kampung Hassan. Pada Januari 2012, YAB Perdana Menteri melawat tapak projek PPR ini bagi melihat progres pembinaan untuk memastikan janji yang diungkapkan pada pilihanraya tempohari, ditunaikan.
3. PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Selangor kemudian telah siap dibina di atas tapak seluas 26 ekar dengan kos sebanyak RM42 juta. Projek ini terdiri daripada 300 unit rumah teres beserta Dewan Serbaguna, Surau, Tadika, GelanggangSukan, dan Taman Permainan. PPR Taman Danau ini lebih besar dengan saiz 850 kaki persegiberbanding PPR lain yang bersaiz 750 kaki per-segi dan mempamerkan rekabentuk yang lebih modendan menarik.
4. Pada 31 Mac 2015, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penjualan PPR Taman Danau, Hulu Selangor dan bersetuju agar Jabatan Perumahan Negara (JPN) menguruskan penjualan tersebut melalui Ejen Penjualan yang dilantik. PPR Taman Danau, Hulu Selangor dijual pada harga RM35,000 seunit khusus bagi golongan setinggan dan berpendapatan rendah yang telah dikenalpasti.
5. Sehingga kini, JPN telah menawarkan kepada 300 pemohon yang dimuktamadkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembeli, Jabatan Perumahan Negara.Pada hari ini, seramai 40 penerima kunci siri pertama yang telah menyelesaikan pembiayaan akan diserahkan kunci unit masing-masing manakala sebahagiannya masih di dalam pembiayaan dan dijangka akan dapat diserahkan kunci dalam masa terdekat.
6. Di samping itu, PPR Taman Danau, Hulu Selangor ini memberikan kemudahan kepada golongan yang sangat memerlukan bantuan perumahan kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan setinggan selama lebih 25 tahun. Terdapat juga penduduk yang telah menumpang rumah orang lain melebihi 30tahun dan ada juga yang telah menumpang selama 55 tahun. Namun demikian, dengan terbinanya PPR Taman Danau ini, sebahagian besar penduduk setinggan, penduduk yang menyewa dan penduduk yang menumpang rumah saudara mara dapat menikmati kediaman yang lebih selesa berbanding dengan tempat tinggal mereka sekarang.
7. Secara keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mensasarkan keseluruhan pembinaan sebanyak 103,038 unit rumah, di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Sepanjang tempoh RMK 8 sehingga kini, sebanyak 80,252 unit PPR telah siap dibina manakala sebanyak 22,786 unit masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
8. Bagi negeri Selangor, bermula dari tahun 2011 sehingga kini Kerajaan telah menyiapkan sebanyak 4 projek PPR melibatkan 5,184 unit iaitu PPR Lembah Subang I (3,004 unit), PPR Serendah (300 unit), PPR Lembah Subang 2 (1,580 unit) dan PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Selangor
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages