KAK JUE BLOG'S

Ahli UMNO Dan BN Yang Cuba Sabotaj PRK Kuala Kangsar Akan Disingkirkan - Zambri


Mana-mana ahli parti Barisan Nasional (BN) akan disingkirkan sekiranya cuba mensabotaj calon yang dipilih dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan hadapan. Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mana-mana parti sekalipun tidak akan berkompromi dengan tindakan itu berikutan ia disifatkan mengkhianati parti. 

“Itu prinsip asas yang tidak boleh kita kompromikan. Tindakan mengeluarkan ahli parti yang mensabotaj parti bukan sahaja dilakukan parti BN, malah mana-mana parti sekalipun,” katanya pada sidang media, di sini, selepas mengadakan lawatan kerja dan majlis pecah tanah bangunan pejabat Bromma (M) Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Kinta, Chemor, semalam.



Ditanya mengenai kenyataan Tun Mahathir yang secara terbuka menggesa pengundi Kuala Kangsar supaya tidak memilih BN, Zambry berkata tindakan itu tidak perlu dikesali kerana Tun Mahathir membuat garis sempadan dengan keluar daripada UMNO.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita pertahankan BN, jadi kita tidak perlu mengkritik tindakan beliau. Kalau dulu cabarannya daripada pembangkang, kini cabaran dari mantan Perdana Menteri, jadi kita harus berhadapan cabaran itu,” katanya.

Dari segi kriteria memilih calon yang bakal diumumkan 5 Jun ini, beliau berkata, pihaknya turut mengambil kira pandangan daripada semua pihak bagi melihat calon sesuai untuk meneruskan legasi kepemimpinan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Katanya, beliau percaya cadangan dibuat Perdana Menteri nanti akan mengambil kira semua penilaian
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages