KAK JUE BLOG'S

UMNO 70 Tahun : Adakah Kekuatan UMNO Masih Sama?



Membicarakan ulangtahun penubuhan UMNO kali ke70 semalam, pastinya ramai yang terimbau bagaimana UMNO satu ketika dahulu cukup mantap dan kuat hasil kerjasama utuh diantara ahlinya. Malah semangat setiakawan ahli UMNO satu ketika dahulu cukup dicemburui rakan dan juga lawan, apatah lagi setiap kali UMNO bakal berhadapan dengan satu-satu pilihan raya.










Hari ini, ada yang mengatakan UMNO sudah tidak relevan dalam arus kemodenan yang dinikmati oleh negara. Malah adalah yang secara sinis mengatakan, UMNO mungkin bakal terkubur apabila negara bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14 beberapa tahun nanti. Benarkah dakwaan ini?

Apabila kita melihat kedalam susur galur, setiap ceruk kekuatan UMNO hari ini, UMNO sebenarnya masih kuat dan masih kekal relevan. Dibantu oleh sebahagian besar ahli yang masih setia mendukung semangan UMNO, sukar bagi kita untuk mengatakan UMNO sudah tidak lagi relevan dalam arus politik semasa.

Cuma, UMNO hari ini berhadapan dengan corak serangan baru yang dirangka sendiri oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin dalaman UMNO yang mahu melihat UMNO yang ada hari ini hancur, hanya akibat dendam kesumat beberapa orang pemimpin terhadap Presiden UMNO itu sendiri.

Menyedihkan, akibat pertelagahan pemimpin-pemimpin ini, yang menjadi mangsa adalah ahli-ahli UMNO itu sendiri. Jika pada tahun 1988 dan 1992, UMNO pernah terpecah kepada dua kumpulan dan hari ini,peristiwa perpecahan itu cuba diwujudkan kembali oleh mereka yang mahu menuntut kepentingan peribadi mereka tanpa memperdulikan nasib 3.6 juta ahlinya.




Lebih memilukan, sayap kekuatan parti UMNO itu sendiri, Sayap Pemuda dan Puteri UMNO masih terkial-kial mencari formula untuk mendekatkan parti itu dengan golongan muda yang ada diluar sana. Agak menghairankan, dikala Presiden UMNO menyeru untuk meremajakan UMNO, kedua-dua sayap ini terus hanyut dibuai masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak langsung menyumbang kepada kekuatan parti secara keseluruhannya.

Ada dikalangan ahli UMNO sendiri bertanya, apakah faedahnya melakukan selfie, wefie dan sebagainya kepada kekuatan dan peremajaan UMNO itu sendiri? Kenapa tidak mereka mengikut jejak langkah parti lawan seperti DAP dan PKR turun padang mendaftarkan anak-anak muda diluar sana sebagai pemilih yang sah dan seterusnya mengajak mereka mendekati UMNO?

Inilah yang dilakukan oleh semua Ketua Pemuda UMNO sebelum ini termasuk Presiden UMNO itu sendiri, Datuk Sri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak, semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.

Tidak sukar untuk mengikut jejak langkah mereka yang telah terbukti berjaya dalam merancak dan meramaikan ahli UMNO yang aktif seperti satu ketika dahulu. Usah menjadikan UMNO seperti sebuah birokrat yang susah dan sukar untuk didekati oleh golongan muda dan golongan pengundi atas pagar.











Untuk terus memastikan UMNO kekal relevan, perubahan harus dilakukan secara menyeluruh, bukan hanya sekadar bermusim. Jika ini dilakukan, UMNO yang dinilai oleh pembangkang dan mereka yang menjadi pengkhianat parti sebagai lemah dan menunggu kehancuran, pasti akan bangkit dan mampu meredah apa sahaja dugaan dan cabaran yang bakal melanda.

Ingatlah, landasan perjuangan UMNO adalah berteraskan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Ianya telah terpateri sejak penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 dan semangatnyalah yang kita bawa untuk diwariskan kepada anak cucu kita selagi mana Melayu wujud di dunia. Usah lupa, UMNO adalah tunggak kepada kerajaan hari ini.

#SamuraiBiru


Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages