KAK JUE BLOG'S

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Bagan Serai Menggunakan ETS



Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berada di dalam koc tren
perkhidmatan elektrik yang menuju Bagan Serai, Perak dari stesen Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai, Perak menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Seri Paduka berangkat dari Stesen Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi diiringi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad dan dijangka tiba di Stesen Bagan Serai pada pukul 1.30 tengah hari.

Eksekutif Komunikasi Korporat KTMB Nor Mas Tita Shoffri berkata ini merupakan julung kali Seri Paduka menaiki perkhidmatan ETS sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada tahun 2010.

Beliau berkata perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu memberi peluang kepada Seri Paduka untuk melihat pemandangan kawasan yang dilalui ETS.

Sementara itu, Kapten ETS Muhammad Rodi Mustapha, 39, berkata beliau berasa bertuah kerana terpilih memandu tren yang membawa Tuanku Hajah Haminah.

"Saya dipilih antara yang terpilih dan berterima kasih kepada pihak KTMB kerana memberi kepercayaan untuk memandu tren ini," katanya yang mempunyai pengalaman lebih 17 tahun memandu tren.

- BERNAMA
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages