KAK JUE BLOG'S

Showing posts with label KEMARAU. Show all posts
Showing posts with label KEMARAU. Show all posts

-Nino: Ibu Bapa Akan Dimaklum Sehari Lebih Awal Jika Sekolah Ditutup



                Datuk P. Kamalanathan

Ibu bapa akan dimaklumkan sehari lebih awal sekiranya arahan penutupan sekolah dikeluarkan kerana cuaca panas berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara sekarang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan.

Beliau berkata satu garis panduan telah dikeluarkan kepada semua sekolah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengawal situasi pelajar dan murid ketika cuaca panas dan kering.

"Garis panduan itu merangkumi mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah dengan hanya membenarkan pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas sahaja," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Kamalanathan berkata kementerian juga sedang menunggu garis panduan yang akan dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkaitan garis panduan menyeluruh menghadapi cuaca panas dan kering serta fenomena gelombang haba.

"Sebaik menerima garis panduan itu, pihak kementerian akan mengedarkan surat pekeliling itu ke setiap sekolah sebelum sesi persekolahan dibuka pada Ahad dan Isnin ini," katanya.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan garis panduan menyeluruh menghadapi cuaca panas dan kering serta fenomena gelombang haba akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Dalam perkembangan lain, Kamalanathan berkata semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara perlu memulakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda dengan serta-merta.

Katanya, kelas-kelas Bahasa Ibunda (POL) itu tidak dapat dilaksanakan di beberapa sekolah seperti dilaporkan menerusi laman sosial baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.

"Bagaimanapun, masalah kewangan ini telahpun diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan dan memutuskan untuk melaksanakan POL dengan terus menyalurkan peruntukan di sekolah-sekolah terlibat," katanya.

Dalam pada itu, Kamalanathan juga menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan kelas-kelas POL di sekolah-sekolah bermula tahun ini.

-- BERNAMA
Share:

Enam Kawasan Catat Suhu Tinggi 35 Darjah Celcius


Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celcius dan telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba setakat semalam.

Kawasan terlibat ialah Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Ipoh dan Lubuk Merbau, Perak serta Batu Embun dan Temerloh, Pahang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba, iaitu situasi yang membawa risiko kesihatan hipetermia atau strok haba dan dehidrasi.

"Cuaca panas yang dirasai pada ketika ini adalah berpunca daripada fenomena El Nino kuat. El Nino merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh dua hingga tujuh tahun," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sehingga bila keadaan itu akan berterusan.

Justeru beliau menasihati orang ramai supaya mengehadkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air dan merujuk kepada pakar kesihatan sekiranya mengalami masalah strok haba.

Wilfred berkata petunjuk bagi paras ambang gelombang haba di negara ini adalah apabila suhu tertinggi harian sesuatu tempat mencapai 35 darjah Celsius untuk lima hari berturut-turut dan melebihi dua darjah Celcius daripada purata jangka panjang suhu maksimum.

Paras ambang gelombang haba juga dikesan apabila suhu tertinggi harian mencapai atau melebihi 37 darjah Celcius untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi kawasan berkenaan, katanya.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi pada 8 Mac lepas, cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dialami sekarang diramal kembali normal pada Jun.

-- BERNAMA

Share:

Berita Utama Selepas Jerubu, Cuaca Panas Pula Menjadi Kebimbangan



Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara Khatulistiwa dimana negara ini menerima cuaca hujan dan panas sepanjang tahun. Namun begitu, kedudukan negara yang berada diatas landasan Khatulistiwa ini tidak mengecualikan negara dari menerima kesan secara langsung cuaca bawaan El Nino mahupun La Nina yang sentiasa menghantui negara.

Kesan keadaan cuaca yang dikatakan panas melampau yang melanda negara pada ketika ini pantas diambil perhatian oleh hampir kesemua agensi kerajaan. Ini termasuklah Kementerian Pertanian, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan lain-lain lagi. Semuanya begitu bimbang, kesan panas melampau mungkin akan menyebabkan penurunan kepada hasil pertanian dan kesihatan orang ramai.


Paling mencuri tumpuan adalah pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan yang mungkin akan melanjutkan cuti penggal persekolahan pada bulan ini berikutan jangkaan awal, keadaan panas melampau akan melanda negara bermula 20 Mac ini, sehari sebelum sesi persekolahan penggal yang baru bermula.

Bagi pihak Kementerian Pertanian, mereka telah menyediakan pelan kecemasan andai keadaan bertambah labih buruk. Ini termasuk menyediakan pam-pam air bagi menampung keperluan pertanian yang mungkin akan terjejas teruk akibat bahang suhu yang begitu tinggi sejak akhir-akhir ini.

Untuk rekod, suhu tetinggi dicatatkan di negara ini adalah di Chuping, Perlis dengan bacaan sehingga 39 darjah selsius. Secara puratanya, suhu di seluruh negara dicatatkan pada sekitar 35 hingga 37 darjah selsius dimana di Lembah Klang sahaja, suhu yang dicatatkan adalah sekitar 35.5 hingga 36.5 darjah selsius.


Oleh kerana itu, orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar terutamanya ketika matahari terik bagi mengelakkan sebarang implikasi terhadap kesihatan. Masalah berkaitan strok haba juga mungkin akan berlaku dan orang ramai dinasihatkan untuk meminum air yang banyak bagi mengurangkan risiko terkena strok haba.
Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages