KAK JUE BLOG'S

Plat Kenderaan T1M Bakal Dilancarkan - Najib Razak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan plat kenderaan T1M yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia, 19 November ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia (PTAMM), Helmi Yusof pada satu sidang media khas, semalam.
Menurutnya, pertubuhan itu diberi kepercayaan menjayakan penjualan nombor kenderaan terbabit.

“Tarikh bagi pembidaan nombor T1M akan mula dibuka pada 20 November sehingga 20 Disember 2017.

“Saya dimaklumkan perdana menteri akan melancarkan nombor plat kenderaan ini di Pekan. Jumlah bidaan paling tinggi ialah RM180,000, paling rendah bidaan dibuka pada harga RM2,500. Dana berkenaan untuk program pembangunan anak muda,” katanya.

Setakat ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meluluskan 1,000 nombor pendaftaran bagi T1M.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages