KAK JUE BLOG'S

Bajet 2018 Perak Bakal Umum Berita Baik Untuk Pesara


Kerajaan negeri bakal mengumumkan berita baik kepada golongan pesara kerajaan negeri pada sesi pembentangan Bajet 2018 negeri Perak minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak merupakan antara negeri yang memberikan pengiktirafan kepada kakitangan kerajaan yang bersara bagi kategori kumpulan pelaksana sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Saya akan mengumumkan sesuatu dalam pembentangan bajet akan datang tetapi saya tidak boleh nyatakan lebih lanjut kerana masih di peringkat embargo.

"Saya akan menambah lagi dari segi pendekatan kepada kakitangan yang hendak bersara ini dalam Bajet 2018 minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis 'Jasamu Dikenang Tahun 2017' anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya, di sini hari ini.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 298 pesara bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 yang terdiri daripada 148 individu dari jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan (93 orang) dan badan berkanun (57 orang).

Pada tahun ini, sebanyak 251 pesara layak menerima insentif kerajaan negeri berjumlah RM3,000 seorang dalam bentuk Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi penerima bumiputera dan Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi penerima bukan bumiputera.

Pemberian insentif itu diberikan kepada pesara-pesara yang terdiri daripada kumpulan pelaksana, bersara wajib atau pilihan, berusia 50 tahun ke atas serta telah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih dalam perkhidmatan negeri.

 - UTUSAN ONLINE



Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages