KAK JUE BLOG'S

Berita Utama Selepas Jerubu, Cuaca Panas Pula Menjadi Kebimbangan



Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara Khatulistiwa dimana negara ini menerima cuaca hujan dan panas sepanjang tahun. Namun begitu, kedudukan negara yang berada diatas landasan Khatulistiwa ini tidak mengecualikan negara dari menerima kesan secara langsung cuaca bawaan El Nino mahupun La Nina yang sentiasa menghantui negara.

Kesan keadaan cuaca yang dikatakan panas melampau yang melanda negara pada ketika ini pantas diambil perhatian oleh hampir kesemua agensi kerajaan. Ini termasuklah Kementerian Pertanian, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan lain-lain lagi. Semuanya begitu bimbang, kesan panas melampau mungkin akan menyebabkan penurunan kepada hasil pertanian dan kesihatan orang ramai.


Paling mencuri tumpuan adalah pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan yang mungkin akan melanjutkan cuti penggal persekolahan pada bulan ini berikutan jangkaan awal, keadaan panas melampau akan melanda negara bermula 20 Mac ini, sehari sebelum sesi persekolahan penggal yang baru bermula.

Bagi pihak Kementerian Pertanian, mereka telah menyediakan pelan kecemasan andai keadaan bertambah labih buruk. Ini termasuk menyediakan pam-pam air bagi menampung keperluan pertanian yang mungkin akan terjejas teruk akibat bahang suhu yang begitu tinggi sejak akhir-akhir ini.

Untuk rekod, suhu tetinggi dicatatkan di negara ini adalah di Chuping, Perlis dengan bacaan sehingga 39 darjah selsius. Secara puratanya, suhu di seluruh negara dicatatkan pada sekitar 35 hingga 37 darjah selsius dimana di Lembah Klang sahaja, suhu yang dicatatkan adalah sekitar 35.5 hingga 36.5 darjah selsius.


Oleh kerana itu, orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar terutamanya ketika matahari terik bagi mengelakkan sebarang implikasi terhadap kesihatan. Masalah berkaitan strok haba juga mungkin akan berlaku dan orang ramai dinasihatkan untuk meminum air yang banyak bagi mengurangkan risiko terkena strok haba.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages