KAK JUE BLOG'S

Pencipta Lagu ‘Jerat Percintaan’ Meninggal Dunia

imageResize

Komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi pada pukul 2.15 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang sehari sebelumnya, pada Khamis.
Berita arwah meninggal dunia disampaikan Setiausaha Agung Persatuan Seniman (SENIMAN) Hafiz Nafiah.
Adnan, 57, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang dan serangan angin ahmar.
Jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Al-Falah, Sungai Ramal, Kajang sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam berhampiran hari ini.
Beliau dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 2 pagi Khamis dan diberikan ubat tidur bagi membolehkan beliau berehat kerana keadaan buah pinggangnya yang lemah.
Seorang pengguna Facebook, Sheila Abdul berkongsi gambar saat Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga dan rakan-rakan di laman sosial Facebooknya.

Perginya seorang pengkarya agung.
                                           Perginya seorang pengkarya agung.

Sepanjang laluan sejarah berkarya, Adnan banyak menghasilkan lagu untuk artis tempatan khususnya Datuk Siti Nurhaliza melalui lagu lagenda Jerat Percintaan.
Sumbangan besarnya dalam kerjaya seni turut membolehkan beliau diberikan penghargaan berupa Anugerah Wirama dalam Anugerah Industri Muzik ke-17 pada tahun 2010.
Keadaan Allahyarham semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan beliau jarang muncul di mana-mana majlis hiburan ini.

~mna
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages