KAK JUE BLOG'S

Perak Jadi Negeri Perintis Modul 'My Teachers Tryscience'



Perak dipilih sebagai negeri pertama bagi projek perintis modul 'My Teachers TryScience' yang diperkenal oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai usaha membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar.

Modul itu yang direka Majlis Penyelidikan Pendidikan UPSI, akan melibatkan kira-kira 15,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Perak.

Pengarah Majlis Penyelidikan Pendidikan UPSI Prof. Madya Dr Tan Wee Hoe berkata sekiranya modul 'My Teachers TryScience' di Perak berjaya, ia akan diperluas ke seluruh negara.

"Seramai 30 guru pakar dalam bidang masing-masing di Perak telah mengikuti bengkel 'Training of Trainers My Teachers TryScience' dan selepas ini mereka akan menerangkannya kepada 300 orang guru di 248 sekolah seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian bengkel 'My Teachers TryScience' oleh Timbalan Ketua Nazir Kementerian Pendidikan Normah Ismail di sini hari ini.

Sementara itu, UPSI dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) universiti berkenaan telah beroperasi sepenuhnya pada Januari lepas di Blok 5, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City kira-kira 130 kilometer dari sini.

Pengarah pusat tersebut M.Sasigaran berkata PBPU mempunyai 38 kakitangan yang merupakan guru bahasa dan pensyarah daripada pelbagai peringkat kelulusan akademik serta kepakaran.

"Pusat ini akan berusaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan bidang pengajian umum serta mempelajari bahasa kedua dan bahasa asing dalam kalangan kakitangan, pelajar, masyarakat," katanya.

Beliau berkata PBPU turut menjalin kerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi menyediakan latihan serta kursus berkaitan.

Katanya, pusat berkenaan turut menawarkan kursus pengayaan bahasa asing seperti Bahasa Cina Komunikasi; Bahasa Sepanyol Komunikasi dan Bahasa Perancis Komunikasi di samping kursus jangka pendek, antaranya Oral Presentation, Interactive Listening and Speaking, Academic Writing serta Master Of Ceremony (Emcee).
~MNA
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages