KAK JUE BLOG'S

MIHAS Bukti Komitmen Malaysia Terajui Industri Halal Dunia



Ekspo perdagangan halal terbesar dunia, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan bukti komitmen Malaysia untuk menjadi hab industri halal global dan seterusnya muncul sebagai pemacu utamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd Datuk Mohd Shukri Abdullah berkata, edisi ke-13 MIHAS mulai 30 Mac hingga 2 April ini, akan disertai sebanyak 560 syarikat mewakili 28 buah negara.

Beliau yang mengasaskan ekspo perdagangan itu pada 2004, turut menjangkakan seramai 22,000 pelawat perdagangan daripada 63 buah negara akan hadir pada MIHAS 2016 berkenaan.

"MIHAS penting kerana ia membuktikan komitmen kita untuk menjadi hab kepada industri halal dunia dengan mewujudkan sebuah 'market place' (tempat pasaran). Kita kotakan janji untuk menjadi hab dunia.

"Kita juga ada 'World Halal Summit' (Sidang Kemuncak Halal), 'World Halal Conference,' (Persidangan Halal Sedunia) selain (diperkukuhkan) komponen-komponen lain seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Majlis Pembangunan Halal dan pelbagai lagi. Kita merupakan pembawa obor halal dunia," katanya kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

Malah, kata Mohd Shukri, Malaysia juga merupakan negara tunggal dunia yang memiliki kesemua komponen terbabit untuk muncul sebagai pemimpin industri halal global.

Thailand yang akan mengambil 38 gerai pada MIHAS kali ini, pula berusaha menembusi pasaran negara terbabit menerusi penganjuran Halal Fiesta (HalFest) berkemungkinan pada tahun depan.

Shapers katanya, akan menganjurkan HalFest di Singapura pada Dis tahun ini.

Mengulas MIHAS kali ini, Mohd Shukri berkata, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sesi padanan perniagaan antara syarikat pengimport luar negara dengan syarikat halal tempatan akan turut diadakan.

Dalam tempoh dua hari sesi itu katanya, sebanyak 3,000 hingga 6,000 mesyuarat diadakan yang menghasilkan jualan lebih RM600 juta seperti diraih pada MIHAS tahun lepas.

"Ada empat kitaran perniagaan dalam setahun dan jualan keseluruhan itu mencecah RM2.4 bilion," katanya yang menyifatkan MIHAS sebagai usaha kerajaan menyediakan platform kepada rakyat bagi menjual produk serta perkhimatan mereka.

MIHAS dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).- Bernama




Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages