KAK JUE BLOG'S

Najib Ikrar Untuk Perkasakan Wanita

PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat senaraian awam melantik lebih banyak wanita dalam jawatan menggubal dasar dan membuat keputusan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada hari ini.

Menurut Najib, buat masa ini wanita hanya memegang 15.6 peratus jawatan dan lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam syarikat-syarikat senaraian awam.”

“Saya menggesa pemimpin industri melakukan lebih banyak lagi, mengambil langkah seterusnya, memecahkan tradisi dan melaksanakan dasar kepelbagaian gender,” kata beliau menerusi catatan terbaru dalam blog beliau, www.najibrazak.com.

Najib berkata pada 2011, beliau telah mengumumkan visi “yang amat bermakna bagi dirinya – untuk mempunyai 30 peratus jawatan membuat keputusan disandang oleh wanita menjelang 2016.”

“Alhamdulillah, dalam sektor awam kita telah mencapai sasaran kita. Setakat Ogos, 2015, kita mempunyai 37 peratus wanita dalam jawatan membuat keputusan dalam sektor awam,” katanya.

Najib berkata beliau percayai anak-anak perempuan harus mempunyai peluang sama seperti yang diberikan kepada anak-anak lelaki.

“Kita harus berikrar untuk kesamaan dan terus komited untuk memperkasakan wanita dalam masyarakat kita.

“Marilah kita menjamin masa depan anak perempuan kita, menghargai pengorbanan isteri dan ibu kita kerana mereka juga berhak mendapat peluang yang sama.

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages