KAK JUE BLOG'S

Siasatan Kes Murid Potong Lidah Siap Hujung Minggu

KLANG 26 MARCH 2016.  Siti Nur Huda Ibrahim menunjukkan lidah anaknya Muhammad Alif Shukran 8, yang cedera akibat digunting murid tahun tiga ketika sesi persekolahan sambil diperhatikan bapa Alias Abdullah di kediamannya Bukit Tinggi, Klang. STR/ FAIZ ANUAR

KLANG 26 MARCH 2016. Siti Nur Huda Ibrahim menunjukkan lidah anaknya Muhammad Alif Shukran 8, yang cedera akibat digunting murid tahun tiga ketika sesi persekolahan sambil diperhatikan bapa Alias Abdullah di kediamannya Bukit Tinggi, Klang. STR/ FAIZ ANUAR


Siasatan membabitkan kes seorang murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri dalam kejadian buli di sebuah sekolah di sini, Khamis lepas, dijangka siap pada hujung minggu ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Azman Abdul Razak, berkata pihaknya kini sedang dalam proses mendapatkan keterangan daripada pelbagai pihak antaranya mangsa, saksi, suspek dan guru-guru sekolah yang terlibat.
“Merekodkan keterangan daripada mangsa, saksi dan suspek adalah cabaran terbesar pihak polis kerana mereka kanak-kanak kecil yang berumur kurang daripada 10 tahun.
“Kita perlu menunggu sehingga emosi mereka yang terlibat ini stabil terlebih dahulu sebelum keterangan boleh diambil supaya gambaran sebenar kejadian dapat diketahui,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya, semua kenyataan itu akan diserahkan kepada Bukit Aman untuk dikaji dan pihak forensik juga telah dipanggil untuk mendapatkan bahan bukti termasuk sampel darah bagi menyokong keterangan saksi.
Azman berkata, hasil siasatan lengkap itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid tahun tiga dari sekolah yang sama.
Berikutan kejadian itu, lidah mangsa putus sedikit di bahagian hujung dan menerima satu jahitan. 

– BERNAMA
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages