KAK JUE BLOG'S

Bahasa Melayu Diharap Kembali Jadi Bahasa Pengantar - PM Najib



Kerajaan akan terus berusaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini selain mengembangkannya ke persada antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berharap Bahasa Melayu, yang pernah menjadi lingua franca atau bahasa pengantar dalam pelbagai urusan, boleh kembali memainkan peranan itu.

"Moga satu hari nanti Bahasa Melayu boleh kembali menjadi bahasa pengantar seantero dunia," katanya dalam catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau.

Najib turut menyatakan rasa bangganya melihat peserta asing berpidato dan petah berucap dalam Bahasa Melayu ketika menghadiri Malam Kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016 di Putrajaya, semalam.

Pada majlis itu, peserta Malaysia Muhammad Haziq Jamaludin muncul juara bagi kategori Alam Melayu.

Penuntut Tanzania, Abdalla Hassan Gharib pula memenangi kategori pelajar antarabangsa di Malaysia dan Hatsune Yanai dari Jepun dinobatkan juara kategori antarabangsa.

Pemenang setiap kategori membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai RM20,000, hadiah iringan serta sijil.

Seramai 47 penuntut jurusan pengajian Bahasa Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh dunia menyertai PABM 2016, dan sembilan daripada mereka dipilih bersaing di peringkat akhir.

- BERNAMA

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages