KAK JUE BLOG'S

KKLW Peruntuk RM25 Juta Latih 3,000 Belia Dalam Pelbagai Bidang Kemahiran



Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM25 juta untuk melatih 3,000 belia termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pelbagai bidang kemahiran tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bidang kemahiran yang ditawarkan ialah kesihatan dan kecantikan, fesyen dan tekstil, hospitaliti dan pelancongan, kejuruteraan dan mekanikal, profesioal dan pembangunan sosial mahir dan separuh mahir.

"Mereka mestilah berumur 17 tahun ke atas terutama mereka yang gagal melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)- Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Keusahawanan Peringkat Daerah Machang di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad Datuk Abdul Fatah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Ramli Abu Bakar.

Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata kementerian juga menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar itu mengikuti kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang, yang mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Beliau berkata kursus yang ditawarkan itu akan dapat melahirkan golongan belia yang berpotensi dan berdaya saing dalam merebut peluang pekerjaan atau mewujudkan rangkaian perniagaan sendiri.

Tahun lepas, kementerian memperuntukan RM30 juta untuk melatih lebih 4,000 belia dalam pelbagai bidang kemahiran.

Sementara itu, Abdul Fatah ketika berucap pada majlis berkenaan berkata sejak program latihan kemahiran itu diperkenalkan pada 2006 sehingga kini, sejumlah 13,122 belia telah berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan.

"Kira-kira 80 peratus daripada mereka telah mendapat peluang pekerjaan menerusi sektor kerajaan dan swasta," katanya.- Bernama





Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages