Dokumentari Four Corners yang disiarkan oleh agensi media ABC Australia kelmarin sememangnya mempunyai niat jahat yang hanya mahu memburukkan kerajaan di peringkat antarabangsa khususnya di dunia.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan berkata dokumentari itu sengaja mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai dakwaan salah laku dan jenayah termasuk ada kaitan dengan pembunuhan.
Beliau berkata semua dakwaan yang disiarkan dalam dokumentari itu sudah dijelaskan kepada pengetahuan orang ramai oleh polis dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sekaligjus ia tidak sepatutnya berbangkit.
“Saya sudah melihat dokumentari itu dan ia (stesen televisyen) memaparkan dendam selepas wartawannya ditahan ketika merempuh sekatan keselamatan Perdana Menteri di Sarawak, baru-baru ini. ”
“Polis sudah beberapa kali menjelaskan pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tidak ada kaitan dengan 1MDB,” katanya.
Khalid membuat kenyataan itu pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Agung Persatuan Di Bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke-88 di Kulai, Johor hari ini.
Dokumentari 44 minit itu antara lain memaparkan wartawan rancangan 4 Corners, Linton Besser yang turut mewawancara beberapa individu bagi mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Kevin dan Hussain.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berkata, penerbitan dokumentari itu hanyalah satu bukti pakatan pembangkang sudah ketandusan idea untuk terus menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, apa yang dimainkan oleh ABC Australia hanyalah dakwaan basi yang sudah pun disiasat dan dibuktikan oleh pasukan penyiasatan yang terdiri daripada pihak berkuasa berkaliber dalam negara.
Ramesh sendiri menjadi mangsa provokasi oleh Besser ketika wartawan itu hadir di dalam sidang media oleh isteri mediang Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mahu memohon maaf kepada Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
“Penerbitan video Four Corneres oleh ABC Australia adalah satu usaha “bankrupt of ideas” untuk menggugat keamanan serta cubaan mensabotaj ekonomi Malaysia,” kata Ramesh dalam satu mesej Whatsapp kepada pru14.tv hari ini.
Dalam dokumentari berkenaan, pasukan penerbitannya hanya menemui semua individu yang kontroversi yang membuat pelbagai dakwaan tidak berasas serta tuduhan tanpa langsung merujuk kepada pasukan siasatan iaitu polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
No comments:
Post a Comment