KAK JUE BLOG'S

Usaha Najib Martabat Golongan Wanita Wajar Disanjung, Dihargai - Rohani

Hasil carian imej untuk datuk seri rohani abdul karim

Segala usaha murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memartabatkan golongan wanita di negara ini wajar disanjung dan dihargai, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau menyifatkan Najib sebagai seorang tokoh pemimpin yang disegani dan berjaya memartabatkan golongan wanita sehingga ke peringkat berprestij.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi penghargaan atas kepimpinan Perdana Menteri dalam mengangkat dan memartabatkan golongan wanita di negara ini.

"Beliau turut mengangkat peranan wanita apabila mengiktiraf penubuhan Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita yang bertindak sebagai badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan mengenai pembangunan dan pemerkasaan wanita tahun lalu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu Rohani turut memuji ketegasan Najib yang mahukan semua syarikat senaraian awam menambah bilangan wanita bagi menyandang jawatan di peringkat pembuat keputusan.

"Tindakan seumpama itu wajar dilaksanakan semua syarikat bagi mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat," katanya.

Rohani berkata Najib turut menyokong usaha mencapai matlamat memperkasa wanita malah responsif terhadap suara wanita dan secara konsisten bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, masyarakat serta sektor swasta untuk memperkenal selain menambah baik dasar, strategi dan program yang menjurus ke arah pemerkasaan wanita.

Selain itu katanya, dalam ucapan Perdana Menteri pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Sedunia mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita di New York tahun lalu, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan wanita memainkan peranan dalam setiap aspek pembangunan negara.

"Najib juga turut menegaskan bahawa apabila wanita berjaya, semua orang juga akan berjaya," katanya.

Najib yang pernah memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melaksanakan beberapa inisiatif serta dasar baharu yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan wanita.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan Najib adalah penubuhan Komuniti Perkumpulan Wanita 1Malaysia (Perwani), Program Wanita Kembali Bekerja, Program Pengarah Wanita dan Penubuhan 30 Per Cent Club.- Bernama




Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages