KAK JUE BLOG'S

Sayu… Ustaz Kazim Luah Rasa Tidak Boleh Tidur Selama 34 Malam

Ustaz Kazim Elias

Kira-kira pukul 3.29 pagi semalam, pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias menulis tweet yang cukup menyayat hati meluahkan rasa hatinya yang penat ekoran kekurangan tidur genap selama 34 malam.
Dari gaya tweet beliau, akibat keletihan beliau gagal untuk tidur selama itu dan turut mengharapkan sesiapa yang sudi membantu masalahnya itu, beliau alu-alukan.
“Letihnya mata, penatnya badan, Bagi sesiapa yang ingin bantu, silakan… Dah genap 34 malam tak tidur-tidur, Allahu rabbi sabar dan redha,” menurut kata tweet Ustaz Kazim.

UstazKazim24Mac2016

Pada 27 Februari lepas, akhbar Utusan Malaysia memaklumkan akan berehat selama tiga bulan bagi memastikan kesihatannya betul-betul pulih selepas diserang sakit jantung baru-baru ini.
Pada masa itu, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Ke-2 Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang melawat Ustaz Kazim di Ipoh pada hari itu.
Ekoran sakit itu, beliau sudah pun menjalani dua prosedur angiogram di hospital dan masih menerima rawatan lanjutan di hospital.
Pada mulanya, Ustaz Kazim dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada dan penat ketika berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, di Bachok.
Tweet yang sayu berkenaan dibalas oleh para peminat beliau yang semuanya mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala dan kembali berceramah dan menyampaikan dakwah Islam seperti sebelum ini.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages