KAK JUE BLOG'S

Tahap Pendidikan Rendah Antara Punca Tekanan Kos Sara Hidup Tinggi – Najib

PM Parlimen

KUALA LUMPUR – Salah satu punca utama tekanan dari kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ia menyebabkan golongan tersebut sukar mendapatkan pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang berpatutan untuk menampung kos kehidupan semasa.

“Kalau setakat ada SPM sahaja, tiada diploma, sarjana dan kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapatkan pekerjaan yang beri pendapatan yang baik.

“Kita perlu tingkatkan lagi bilangan rakyat Malaysia yang ada kelulusan tambahan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Ia sebagai menjawab soalan tambahan daripada Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai), yang ingin tahu sama ada penilaian kos sara hidup di Malaysia disandar dengan standard kehidupan yang bersesuaian.

Tambah Najib, pendidikan peringkat sekolah selama 11 tahun tidak memadai untuk mendapat kehidupan selesa sekiranya tidak memikirkan sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup.

Katanya, sekiranya lebih ramai rakyat memiliki kelulusan tinggi atau menjadi usahawan, ia pada masa sama turut dapat membantu kepesatan negara.

Beliau menyeru supaya menanamkan dalam minda rakyat untuk terus mencari dan mendapatkan kelulusan serta kemahiran yang lebih tinggi.

Sementara itu, Najib menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM400 juta pada tahun lepas kepada kerajaan negeri Kelantan, antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Beliau berharap peruntukan itu dimanfaat dan diagihkan sebaiknya kepada kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri tersebut.

Ia berhubung soalan tambahan yang diajukan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas), iaitu sama ada kerajaan sedia membantu pelaksanaan program ‘Dapur Hijau’ dan bercadang untuk memperluaskannya ke seluruh negara.

Program ‘Dapur Hijau’ dilaksanakan kerajaan negeri Kelantan pada tahun lepas dalam usaha menggalakkan budaya bercucuk tanam dan perusahaan dalam bidang pertanian dalam kalangan rakyat negeri tersebut.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages