KAK JUE BLOG'S

Rakyat Malaysia Cipta Sejarah Bawa Cokmar Emas Dalam Majlis Ratu Elizabeth II

Kishva beramah mesra bersama Ratu Elizabeth II.

Kishva beramah mesra bersama Ratu Elizabeth II.

Seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang, Kishva Ambigapathy, 26, menjadi rakyat Malaysia pertama sebagai pembawa Cokmar Emas dalam satu majlis rasmi sempena sambutan harijadi ke-90 Ratu Elizabeth II pada 15 Mac lepas.
Beliau mengukir sejarah termasuk memakai Baju Melayu tetapi dikritik kerana tidak memakai songkok lengkap bersama persalinan berkenaan.
“Saya tahu ramai mempertikaikan kenapa saya tidak bersongkok apabila berbaju Melayu.
“Tapi, bagi saya apa yang penting ialah membawa identiti Malaysia dalam acara yang besar sebegini,” katanya.
Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 21 April 1926, dan majlis yang melibatkan Kishva diadakan di Westminster Abbey adalah sebahagian dari atucara sambutan keraian berkenaan.
Dalam majlis berkenaan, tiga generasi kerabat Diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama dalam upacara berkenaan.
Kishva berkata memang sukar mencari songkok di kota London untuk dipakai bersama Baju Melayu warna krim miliknya sendiri pada majlis bersejarah itu.

Saat bersejarah bagi Kishva.

“Ke mana sahaja saya pergi di peringkat antarabangsa, saya akan pastikan saya datang dengan pakej budaya dan identiti kita rakyat Malaysia.
“Saya memilih baju Melayu kerana ia memang terkenal sebagai identiti Malaysia, walaupun saya berkuturunan India,” katanya.
Video saat bersejarah itu dimuatnaik oleh Kishva di laman media sosial Facebooknya dan menerima pujian dari pengguna internet termasuk Raja Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia kerana berpakaian Baju Melayu.
Kishva berkata, keputusan untuk memilih pembawa cokmar dibuat Ratu Elizabeth II dan Jawatankuasa Belia Komanwel atas kapasiti belum ada rakyat Malaysia diberi tanggungjawab itu.
Faktor lain dia terpilih kerana dia memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Belia Komanwel (CYC), pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 negara Komanwel seluruh dunia.
“Saya sangat berbangga kerana mendapat peluang ini dan dihargai sebegini kerana bukan semua anak muda seusia saya merasai pengalaman sebagai pembawa cokmar untuk majlis seperti ini.
“Dan ini adalah penghargaan terbesar buat saya dan rakyat Malaysia amnya kerana pembawa cokmar adalah antara kedudukan tertinggi dalam mana-mana acara seumpamanya,” katanya yang juga bekas penuntut Universiti Sains Malaysia dalam jurusan kejuruteraan.

~mna
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages