KAK JUE BLOG'S

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2016

mihas1

Industri halal adalah sebuah industri yang penting untuk ekonomi negara dan kini sedang pesat membangun. Setakat 2015, eksport halal Malaysia berjumlah RM39 bilion dan diunjurkan terus berkembang dari setahun ke setahun.
Saya tidak sempat menghadiri upacara pembukaan Pameran.Halal Antarabangsa Malaysia atau MIHAS 2016 akibat kesibukan tugas, tetapi industri halal mempunyai tempat yang dekat di hati saya.
Hari ini, saya singgah sebentar di MIHAS 2016 untuk melawat dan menunjukkan sokongan serta penghargaan kepada semua pengusaha dan pemain industri halal yang mewakili sektor penting dalam ekonomi.
MIHAS 2016 ini disertai lebih 500 syarikat tempatan dan antarabangsa dengan 643 gerai pameran bersama 29 penyertaan negara asing. Pameran kali ini juga dijangka akan menarik lebih 25,000 pengunjung serata dunia.
mihas2
Dalam tinjauan ini, saya lihat banyak produk halal tempatan yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan, bukan sahaja untuk pasaran halal antarabangsa, malah kepada semua pengguna secara amnya.
Antaranya, saya sempat singgah melawat Al Meswak Mu’min Sdn Bhd yang terkenal dengan produk ubat gigi halal Mu’min. Saya difahamkan mereka kini juga menumpukan kepada produk penjagaan peribadi halal lain, serta mengeksport produk-produk mereka ke negara-negara seperti Indonesia, Oman dan China.
mihas3
Selain itu, syarikat Top Fruits Sdn Bhd pula mengeksport durian tempatan sejuk beku ke lebih 10 pasaran antarabangsa termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah, dan ini membantu memberi pengetahuan dan mewujudkan kesedaran mengenai raja buah Malaysia ini kepada masyarakat dunia.
Saya sempat juga merasa minuman buahan-buahan oleh usahawan wanita tempatan, Puan Adilah Shuib yang diberi nama Origina. Produk minuman ini telah dieksport ke banyak pasaran antarabangsa seperti Australia dan sebagainya. Sedap rasanya, saya percaya boleh lebih maju dan berjaya, Insya-Allah.
mihas4
Saya gembira melihat penyertaan banyak industri kecil, sederhana dan yang berstatus global dari serata dunia ke MIHAS kali ini, dan saya harap pentas yang disediakan oleh MITI melalui MIHAS 2016 ini dapat membantu meluaskan lagi capaian pengusaha dan industri halal tempatan ke peringkat yang lebih tinggi di persada antarabangsa.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages