KAK JUE BLOG'S

Dua Warga Nigeria Antara Enam Ditahan Terlibat "Romance Scam" - Khalid

Hasil carian imej untuk PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu termasuk dua warga Nigeria dari kumpulan "Romance Scam" di Sunway, Subang hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan dalam laman rasmi Twitter beliau malam ini.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, PDRM berjaya menyelesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.

Katanya, tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJK berkenaan.

"Syabas JSJK @PDRMsia tangkap enam orang termasuk dua Warga Nigeria Kumpulan Romance Scam di Sunway selesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.#GoPDRMGo," katanya.




Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages