KAK JUE BLOG'S

Stadium Negara Dan Stadium Merdeka Kekal Tapak Bersejarah Negara

1928930_10153379676395952_5608732611045914204_n

Dua lokasi bersejarah dalam negara iaitu Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan terus dikekalkan sebagai tapak bersejarah dan mercu tanda kepada Malaysia biarpun ada projek lain akan dibangunkan di kawasan berhampiran.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Facebooknya berkata biarpun kerajaan sedang memulakan projek Warisan Merdeka, kedua-dua stadium itu akan kekal.
“Melangkah masuk ke Stadium Merdeka semalam membawa kembali kenangan bermulanya detik-detik kemerdekaan kita daripada penjajahan asing 59 tahun yang lepas.
“Di sini jugalah kita diingatkan kepada semangat kesukanan dan perjuangan pahit manis wira-wira veteran sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.
Rabu lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan melancar dan memberi nama projek fasa pertama Warisan Merdeka melibatkan pembinaan menara pencakar langit setinggi 118 tingkat sebagai Merdeka PNB118.
Ia akan dinobatkan sebagat menara tertinggi di Malaysia apabila siap nanti.
“Kesemua kejayaan yang dicapai PNB serta kejayaan syarikat-syarikat di Malaysia adalah bersandarkan kemampuan kerajaan dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang,” katanya.
Dua hari lepas, Najib berkata projek menara berkenaan akan menjadi simbol kebanggaan dan manifestasi kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2o20.
Merdeka PNB118 dengan ketinggian 630 meter atau 118 tingkat bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di Asia dan tersenarai sebagai ‘MegaTall Building’ kelima tertinggi di dunia.
Pembinaan bangunan itu merupakan sebahagian daripada fasa pertama projek Warisan Merdeka yang turut meliputi pembinaan pusat beli-belah yang telah dimulakan tahun 2014 dan dijangka siap pada tahun 2020 dengan kos pembangunan sebanyak RM5 bilion.
Projek Warisan Merdeka merupakan projek pembangunan bercampur yang dibangunkan secara tiga fasa di atas tanah berkeluasan kira-kira 7.6 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

~mna
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages