KAK JUE BLOG'S

7.1 Juta Permohonan BR1M 2016 Telah Diluluskan - Ahmad Husni



Hampir 7.1 juta permohonan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BR1M 2016) telah diluluskan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Husni dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, jumlah berkenaan merangkumi bantuan isi rumah RM1,050 kepada hampir 162 ribu penerima, bantuan isi rumah RM1,000 kepada 3.4 juta penerima, bantuan isi rumah RM800 kepada 380 ribu penerima dan bantuan individu RM400 kepada 3.2 juta penerima.

Beliau bagaimanapun berkata, bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2016 boleh membuat rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat, mulai 15 Mac hingga 15 April 2016.

Rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini.

Sementara itu, Husni berkata, penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat terkini seperti nombor akaun bank, maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC terdekat dalam tempoh rayuan.-Bernama 
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages