Kekangan calon Barisan Nasional (BN) tidak dapat berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, bukanlah satu kelemahan sebaliknya berpaksikan kepada kekuatan prinsip dan asas agama yang teguh.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata UMNO, wakil BN dalam PRK itu, membuktikan mereka bukanlah sebuah parti yang sanggup menghalalkan cara demi politik.
"Dalam konteks ini, ia bukan kelemahan calon atau parti tetapi kekuatan kerana menunjukkan Mastura (calon BN Datin Mastura Mohd Yazid) mempunyai asas agama yang teguh," katanya kepada Bernama di sini. -- Bernama
No comments:
Post a Comment