KAK JUE BLOG'S

Menteri Besar Kedah Semoga Cepat Sembuh


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Sabtu lalu bagi komplikasi usus, dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang pada Isnin.

Beliau dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang pada kira-kira 2.30 petang, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

“Hospital tersebut mempunyai kelengkapan yang lebih terkini dan lengkap dan beliau juga akan dirawat oleh pakar yang lebih khusus,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Bashah pada Sabtu lepas dikejarkan ke KMC selepas pitam ketika sedang mempengerusikan mesyuarat bersama ADUN negeri.

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages