KAK JUE BLOG'S

Kerian Menerima Peruntukkan 3,528 Tablet Untuk Guru- Guru Sekolah



Jabatan Pendidikan negeri Perak menerima sebanyak 39,269 tablet mengandungi Tutor Guru untuk diedarkan kepada guru-guru di Perak

Sebanyak 3,528 tablet diperuntukkan kepada guru-guru di 91 buah sekolah dalam daerah Kerian termasuk sebuah kolej vokasional,

Majlis pengagihan tablet tersebut diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah, Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Datuk Abu Bakar B. Mat Ali. Beliau berharap dengan pengunaan gajet seperti ini memudahkan dan meringankan tugasan guru-guru. “Seiring dengan peredaran zaman yang menyaksikan penggunaan gajet serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita tidak seharusnya ketinggalan.

Pegawai Pendidikan Daerah Kerian, Abd. Wahid Ramli berkata, pemberian tablet oleh Kementerian Pendidikan itu diharap dapat digunakan oleh para guru dalam melakukan transformasi bagi penyediaan rancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

“Oleh itu, pemberian tablet ini harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyesuaikan gaya penyampaian seiring dengan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21,”

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Mohd. Rosli Ahmad dan Penolong Pengurus Kewangan Kawalan Kredit Jabatan Kewangan Utusan Melayu (M) Berhad, Azman Musa.turut hadir bersama di majlis itu.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages