KAK JUE BLOG'S

12 TASKA Dan 3 TABIKA Majlis Islam Sarawak Kini Dibawah KEMAS


Berita baik demi kegemilangan pendidikan, Majlis Islam Sarawak (MIS) menyerahkan pengurusan tiga taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan 12 taman asuhan kanak-kanak (taska) masjid kelolaannya kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam usaha memantapkan pendidikan prasekolah di masjid.

Penyerahan itu dilakukan menerusi memorandum perjanjian yang dimeterai oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin, disaksikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Penyerahan hari ini merupakan sebahagian daripada 32 tabika dan taska Majlis Islam Sarawak yang dirancang diserahkan kepada Kemas secara berperingkat.




"Pengambilalihan ini turut menyaksikan semua guru dan pembantu di tabika serta taska berkenaan diserap oleh Kemas dengan segala kos operasi termasuk gaji ditanggung oleh Kemas.

Bagaimanapun, beliau berkata pengambilalihan itu hanya melibatkan operasi dan pengurusan manakala  aset tabika dan taska terbabit kekal menjadi milik Majlis Islam Sarawak.

Susulan pengambilalihan itu, tabika dan taska terbabit akan dikenali sebagai  Tabika Kemas Masjid dan Taska Permata Kemas Masjid. - Bernama










Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages