Kebimbangan pengguna mengenai masalah bekalan ikan berkurangan menjelang perayaan Aidiladha diredakan dengan jaminan bahawa bekalan adalah mencukupi.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi menanganinya
Saya difahamkan, bekalan ikan terutama ikan kembung adalah stabil dan sebanyak 880 metrik tan ikan berada di pusat pengumpulan dan pengedaran ikan di seluruh negara,
“Lagipun, 45 metrik tan metrik stok ikan kembung dalam simpanan memang mencukupi menghadapi Aidiladha nanti,”tegasnya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja meninjau Kompleks Bilik Sejuk Nekmat di Taman Wahyu, Selayang, Selasa.
Turut hadir Pengerusi NEKMAT, Ahmad Rudin Husain.
Pada masa sama, Irmohizam memberi amaran kepada orang tengah dan perniaga ikan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menyorok bekalan ikan pada musim perayaan.
Sementara itu, beliau berkata LKIM, NEKMAT dan FAMA sudah melaksanakan program intervensi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ikan terutama kembung pada masa hadapan.
Katanya, LKIM juga memberikan suntikan dana untuk menjayakan program berkenaan bagi membekalkan ikan kembung sejuk beku segar.
No comments:
Post a Comment