KAK JUE BLOG'S

Insiden 'Tersilap' Masuk Koc Wanita Terus Berlaku




Insiden 'tersilap' masuk koc wanita bagi perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih berlaku walaupun koc khusus itu telah diperkenalkan sejak kira-kira enam tahun lalu.

Ketua Unit Pelancongan dan Acara KTMB Mohd Noordin Kimi berkata agak sukar untuk difahami jika masih ada golongan lelaki yang tersalah masuk ke koc wanita.

Ini kerana tambah beliau, terdapat banyak tulisan yang dengan jelas tertera bahawa koc tertentu adalah khusus untuk wanita sahaja sepanjang masa.

Tanda-tanda tersebut terdapat pada dinding bahagian luar dan dalam koc, di pintu koc, di petak melangkah ke dalam koc malah di stesen tertentu pula ada ruang (petak) tempat menunggu khusus untuk wanita.

"Selain itu pengumuman bahawa koc tiga dan empat adalah khusus untuk wanita juga dibuat dari semasa ke semasa di stesen-stesen, malah ketika tren dalam perjalanan bagi memastikan tidak berlaku insiden lelaki masuk ke koc tersebut," katanya kepada Bernama.

Bukan itu sahaja, katanya bagi membezakan koc dan kawasan khusus adalah untuk wanita, kesemua tulisan serta pelekat yang digunakan berwarna merah jambu (pink) dan putih bertulis "Wanita sahaja. Ladies only".

Mengakui bahawa kesilapan mungkin boleh berlaku bagi seseorang yang pertama kali atau tergopoh-gapah menaiki komuter, beliau berkata tidak mustahil ada yang dengan sengaja masuk ke koc wanita.

Malah, tambah beliau, pernah berlaku di mana penumpang lelaki terutamanya warga asing masuk ke koc wanita dan "buat tak faham" serta tidak memperdulikan teguran agar berpindah ke koc lain sehinggalah kakitangan KTMB terpaksa campur tangan, barulah mereka beredar.

TERSILAP DAN TERSESAT

Mohd Noordin berkata walaupun pelbagai usaha dibuat untuk memastikan para penumpang selesa ketika menaiki komuter, namun insiden 'tersilap' masuk koc terus berlaku.

Justeru, beliau menasihatkan para penumpang wanita agar memaklumkan kepada mana-mana lelaki sama ada yang sendirian, berpasangan atau bersama-sama keluarga sekiranya mereka 'tersesat' masuk ke koc wanita.

"KTMB juga berharap orang ramai agar lebih prihatin dan para penumpang juga perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk saling menjaga antara satu sama lain walau di mana sahaja berada, termasuklah ketika berada di dalam koc kami.

"Yang penting, kalau ada pelaku yang masuk sebaiknya beritahu lelaki itu atau sesiapa yang bersamanya, kalau degil boleh beritahu kakitangan KTMB atau polis bantuan setibanya di stesen untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut beliau, selalunya pasangan suami isteri atau keluarga yang terdiri daripada lelaki dan wanita enggan berpindah ke koc lain walaupun sudah tertera bahawa koc itu hanya untuk wanita sahaja.

Tambahnya, KTMB pernah menugaskan polis bantuan di dalam tren namun terpaksa dihentikan kerana kos yang sangat tinggi, namun penumpang tidak perlu risau kerana kakitangan KTMB sentiasa mengadakan pemeriksaan berkala selain menempatkan polis bantuan di stesen-stesen KTMB.

TAMBAH KOC WANITA

Penumpang yang ditemui, Nur Ajeerah Zulkifli, 23, seorang pelajar kolej, mengakui pernah melihat beberapa insiden lelaki masuk ke koc wanita ketika menggunakan perkhidmatan komuter.

"Masalahnya, ramai wanita yang di dalam koc tu hanya saling berpandangan, termasuk yang duduk paling dekat dengan lelaki itu sehinggalah ada wanita lain memberitahunya.

"Tapi, nampaknya lelaki berkenaan benar-benar tersalah masuk koc sebab dia terus bergegas ke koc lain," jelasnya.

Bagaimanapun, Nur Ajeerah percaya jika setelah diberitahu namun si pelaku masih tidak mempedulikannya, nyata 'kesilapan' itu disengajakan.

"Jika berlaku, saya akan segera beritahu lelaki berkenaan untuk berpindah ke koc lain terutamanya jika dia duduk berdekatan. Jika enggan, mungkin boleh minta tolong wanita-wanita lain supaya turut memberitahunya. Logiknya, lelaki itu akan rasa malu jika ramai yang memaklumkan kepadanya (tersalah masuk koc).

"Tapi jika enggan juga, mungkin kita boleh beritahu kakitangan KTMB bertugas atau apabila tiba di stesen," katanya yang sering menggunakan perkhidmatan komuter antara KL Sentral dan Rawang.

Nur Ajeerah bagaimanapun berpendapat, dua koc untuk wanita masih tidak memadai terutamanya pada waktu puncak kerana nyata terlalu ramai wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter.

KURANG KESEDARAN SIVIK

Seorang perunding pengambilan tenaga kerja Muhammad Zulhakim Zulkifli, 24, pula berkata sepatutnya tidak berlaku insiden tersalah masuk ke koc wanita kerana terdapat banyak tanda pemberitahuan di stesen dan pada koc.

"Malah sebaik tren berhenti, akan jelas terpampang di dinding luar koc bertulis 'koc untuk wanita sahaja' selain kenyataan serupa pada pintu tren. Jika tidak tahu membaca atau tidak faham bahasa Melayu atau Inggeris, gambar ikon wanita yang terpampang juga sudah cukup menjelaskannya.

"Tapi seandainya benar-benar tersalah masuk, sewajarnya segera minta maaf dan pindah ke koc lain," katanya berpesan agar golongan lelaki sentiasa mempunyai integriti diri.

Beliau yang saban hari menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja turut melihat masalah lain di kalangan penumpang seperti seringkali berasak-asak untuk masuk ke dalam koc sedangkan mereka sepatutnya menunggu sehingga penumpang keluar dan tidak terburu-buru menaiki tren.

Mengakui selesa menggunakan perkhidmatan komuter, beliau dengan nada agak kesal berkata, umumnya kesedaran sivik di kalangan para penumpang komuter masih kurang.

Muhammad Zulhakim berkata masih ramai yang sama ada tidak sedar atau sengaja tidak mempedulikan lantas membiarkan golongan tua atau wanita mengandung terus berdiri tanpa memberi ruang duduk kepada mereka.

"Lebih teruk, ada yang terus duduk walaupun di belakang kerusi itu tertera khusus untuk golongan yang perlu diberi keutamaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Noordin berkata sehingga kini, perkhidmatan komuter bukan sahaja di Lembah Klang malah merangkumi Sektor Tengah dan Sektor Utara.

Laluan bagi Sektor Tengah adalah antara Tanjung Malim dan Pelabuhan Klang serta Batu Caves dan Seremban. Selain itu, laluan lain adalah antara Seremban-Gemas dan Seremban-Tampin.

Sektor Utara pula adalah laluan antara Butterworth dan Kamunting, Perak, Padang Besar, Perlis dan Butterworth serta Gurun, Kedah dan Butterworth.

- BERNAMA
Share:

Waspada Skim Cepat Kaya - Bank Negara



Pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan pelaburan emas secara haram adalah pilihan bagi rakyat Malaysia untuk memperoleh wang dengan cara mudah, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini adalah antara pelaburan yang ditawarkan oleh kira-kira 271 syarikat yang dianggap "tidak dibenarkan dan tidak diluluskan" di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan bank pusat itu.

Menerusi ruangan 'peringatan kepada pengguna' di laman web rasmi BNM, dinyatakan senarai dan laman web syarikat-syarikat terbabit berdasarkan aduan yang diterima.

Senarai yang dikemaskini sehingga 7 Jun itu boleh diakses dihttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm.

Ia bertujuan sebagai panduan kepada rakyat Malaysia untuk membuat pertimbangan sebelum membuat pelaburan dalam skim cepat kaya.

"Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan.

"Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan," demikian menurut BNM.

Selain itu bank pusat turut memberi amaran terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah.

"Jalankan urusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang dibenarkan.

"Jangan gopoh atau membiarkan diri anda menerima tekanan untuk melabur. Perlu lebih berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet," kata BNM.

Tambah BNM lagi, orang ramai perlu meragui dengan peluang pelaburan yang tidak dibuat secara bertulis.

Bank pusat itu berkata jika pelaburan sudah dibuat, individu berkenaan perlu menyimpan semua salinan pelaburan dan komunikasi yang dibuat.

Katanya, pengguna perlu berhati-hati apabila berurusan dengan entiti yang tidak dikawal selia atau individu tertentu.

"Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Bank Negara tidak terpakai jika orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan haram.

"Mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram juga boleh didakwa kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti haram itu," katanya.
Share:

Budak Cedera Di Libas Helikopter Kawalan Jauh




ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera di bahagian kepala apabila terlibas helikopter kawalan jauh dalam satu pameran yang diadakan di padang Pekan Kampung Lalang, Baling pada Sabtu.
Mangsa Muhammad Ammar Izzudin dari Kampung Charok Bunting dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 6 petang selepas kejadian itu berlaku bagi menerima jahitan.
Bapanya yang mahu dikenali sebagai Zamri kelihatan agak tertekan dan menolak untuk ditemuramah media ketika ditemui di hospital.
Difahamkan, sewaktu kejadian Muhammad Ammar sedang leka menonton beberapa model kapal terbang sebelum kejadian tersebut berlaku.

Share:

#Skim Piramid Kini Di Pantau.


PETALING JAYA: Sebuah syarikat jualan langsung menimbulkan syak wasangka selepas menuntut pelaburan besar daripada ahli-ahli yang berpotensi.
Menjanjikan hasil kekayaan dan pulangan lumayan, syarikat itu juga memberitahu bakal pelanggan supaya membuat pinjaman peribadi untuk melabur.
Satu carian menerusi laman Google mendedahkan senarai panjang aduan dan dakwaan bahawa syarikat itu menjalankan skim piramid yang menyebabkan ramai mangsa jatuh miskin sebelum mereka menyertainya.
Pada 2014, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) menerima sekurang-kurangnya lima aduan dan pertanyaan mengenai kesahihan syarikat itu.
E-mel dan panggilan telefon merupakan modus operandi syarikat itu untuk merekrut ahlinya.
Pengarah Eksekutif DSAM, Lawrence Cheah berkata aduan ini dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.
"Malangnya, kekurangan bukti dalam bentuk hitam putih menjadikan ia sukar bagi pihak berkuasa untuk bertindak. Malah ada yang tidak bersedia untuk membuat aduan secara rasmi dan tampil memberi keterangan jika ia diheret ke mahkamah.
"Mereka yang menghubungi kami mengatakan mereka diminta melabur sejumlah wang bernilai RM20,000 atau lebih dengan jaminan pulangan lumayan dan dimaklumkan bahawa mereka akan dibayar sekiranya merekut ahli baharu.
"DSAM merupakan ahli Persekutuan Dunia Persatuan Jualan Langsung (WFDSA). Ahli kami mengamalkan kawalan kendiri berdasarkan kod diiktiraf di peringkat global dan Kod Etika - KPDNKK.
"Memandangkan syarikat itu bukan ahli kita, kita hanya boleh membantu kementerian dengan menghantar semula aduan yang diterima," katanya.
Cheah berkata 'starter kit' untuk syarikat yang sah biasanya di bawah RM200 dan memaksa ahli baharu untuk membeli saham atau melabur adalah salah di sisi undang-undang.
Mendapatkan bayaran untuk merekrut juga tidak dibenarkan.
"Ahli hanya boleh mendapat keuntungan daripada jualan dan komisen menerusi penjualan produk," katanya.
Presiden Persatuan Pengedar Langsung Malaysia (MDDA), Rosedy Issa mengesahkan syarikat itu mendapat lesen daripada kementerian dan juga ahli persatuan berkenaan.
"Kami menerima banyak pertanyaan mengenai sama ada syarikat ini sah di sisi undang-undang," katanya.
Beliau berkata lesen syarikat itu dikeluarkan pada 2013 dan akan tamat Ogos tahun ini.
Menurut Rosedy, selepas dimaklumkan Sunday Star, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya menyemak dengan kementerian, MDDA dan DSAM sama ada syarikat itu benar-benar wujud sebelum menyertainya.
"Kami memandang serius aduan orang ramai kerana ia menjejaskan nama baik industri ini," katanya.
Kementerian itu dikatakan masih memantau syarikat tersebut walaupun siasatan baru-baru ini menunjukkan perniagaannya adalah sah.
Pada 20 April lalu, pihak berkuasa mendapati bahawa pelan pemasaran syarikat itu adalah selaras dengan syarat dan terma lesen.
Malah semua produk yang dipasarkan telah diluluskan, kata kementerian itu dalam satu reaksi balas menerusi e-mel.
"Bagaimanapun, syarikat itu masih dipantau. Pemeriksaan akan dijalankan apabila ia terpakai untuk memperbaharui lesennya yang akan tamat pada Ogos ini, "katanya.
Sehingga kini, tiada permohonan pembaharuan telah dikemukakan.- mstar
Share:

Trafik Dari Kuala Kangsar Ke Simpang Pulai Sesak, Laluan Kontra Diaktifkan - PLUS/LLM

Gambar sekadar hiasan... 
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke Simpang Pulai sesak sepanjang 30 kilometer, setakat pukul 1.30 tengah hari Ahad.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata keadaan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti sempena Aidilfitri.

"Laluan kontra diaktifkan dari Km 289.6 hingga Km 295.6 dari Simpang Pulai ke Gopeng untuk menyuraikan kesesakan trafik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.....

Share:

KBS Perhebat Strategi Pastikan Belia Menjauhi Ekstremisme - Khairy



PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan sedang menyelaras dengan pelbagai persatuan belia dan pakar-pakar untuk mendekati kumpulan sasaran dalam usaha mendidik mereka mengenai bahaya fahaman militan  dan ekstremisme.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata kementerian juga sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk platform media sosial tentang bagaimana belia mudah  dipengaruhi dan direkrut untuk menyertai kumpulan ekstremis.

"Kami amat bimbang mengenai radikalisasi golongan muda di Malaysia.

"Jadi kami membawa ramai pakar-pakar ke universiti dan persatuan belia untuk berceramah kepada belia bagi memastikan bahawa mereka tahu bagaimana radikalisasi berlaku," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di Seri Perdana di sini hari ini.

Khairy berkata, kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mengambil tindakan pencegahan terutama dari segi keselamatan sementara kementeriannya menumpukan kepada pendidikan dan kesedaran.

"Bagaimana pengambilan dilakukan secara online. Ini amat penting kerana anggota direkrut secara online oleh kumpulan-kumpulan seperti Daesh tanpa kadang-kadang mengetahuinya.

"Mereka mungkin direkrut melalui mesej politik, mesej agama selepas mereka diradikalisasi," kata beliau.

Beliau berkata kementerian akan menganjurkan lebih banyak program seperti program Sukarelawan Antarabangsa untuk membolehkan ramai golongan muda dari Malaysia menyumbang secara positif di luar negara.

"Sekarang, 50 orang belia dari Malaysia berada di Kemboja kerana melakukan kerja-kerja komuniti. Kita memerlukan lebih banyak peruntukan untuk memperluaskan program ini.
"Jika kita memberi peluang kepada golongan muda dari Malaysia untuk berkhidmat di peringkat antarabangsa dengan melakukan kerja-kerja komuniti, maka kecenderungan untuk menyertai pertubuhan-pertubuhan radikal akan berkurangan," katanya. - awani
Share:

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Rabu Ini


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Rabu ini.
Pengumuman tarikh itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran televisyen pada Isnin malam.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 6 Julai 2016 " katanya. - Bernama
Share:

Juara Tahfiz Muda Astri Oasis Dipilih Sebagai Ikon Rakan Muda Masjid Negeri Perak


Juara Tahfiz Muda Astro Oasis 2016 musim pertama Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos, 11, dipilih sebagai ikon Rakan Muda Masjid peringkat negeri Perak bagi menarik generasi muda, khusus sebayanya berminat mendalami ilmu al-Quran dan berkunjung ke surau dan masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata pihaknya percaya adalah lebih efektif sekiranya anak muda sendiri yang menyampaikan kepada generasi muda lain kerana mereka boleh bercakap dalam bahasa dan lenggok gaya anak muda.

"Saya telah bincang dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan kita bersetuju menjadikan adik Aqil sebagai ikon program Rakan Muda Masjid. Apabila ada program ini, jika berkesempatan kita akan bawa adik Aqil ke program keagamaan di negeri ini.

"Sekurang-kurangnya untuk pembukaan membaca al-Quran, majlis membaca doa dan adalah lebih baik juga beliau memberi tazkirah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Kepujian kepada Mohamad Aqil di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Kunda di sini itu akan fokus di seluruh masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh dahulu berikutan tidak mahu mengganggu konsentrasi pembelajarannya sekiranya kerap dijemput memenuhi undangan.

"Buat permulaan, dia akan dijemput ke surau dan masjid terpilih pada waktu-waktu tertentu bagi tarik golongan muda sepertinya untuk bersama beribadah dan saya rasa ia suatu pendekatan yang efektif.

"Kalau orang tua ajak, mereka mungkin pergi atas rasa takut, tapi kalau generasi muda kawan-kawan mereka sendiri yang ajak ke masjid, saya rasa ia satu pelawaan daripada rakan sebaya, bukanlah atas rasa takut tapi atas semangat setia kawan," katanya.

Sementara itu, Mohamad Aqil ketika ditemui berkata beliau tidak sangka dan berterima kasih dengan pelantikannya sebagai ikon Rakan Muda Masjid.
Mula belajar mengaji dengan ayahnya Mohd Fairos Ashaari seawal usia empat tahun dan khatam al-Quran pada usia 7 tahun, anak kelima daripada enam beradik itu berkata beliau akan menghafaz al-Quran setiap kali waktu solat, terutama selepas subuh dan maghrib.

"Ayah saya seorang ustaz Sekolah Menengah Agama Rakyat Irshadiah di sini dan dialah yang mengajar saya mengaji. Semasa mengaji apa yang paling penting jangan main-main dan kena fokus," katanya yang mahu menjadi seorang pensyarah apabila dewasa nanti.

Share:

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Julai Bukti Kerajaan Tak Muflis @NajibRazak



Perlaksanaan kenaikan gaji penjawat awam bermula Julai depan membuktikan kerajaan hari ini menunaikan janji yang dibuat, sekaligus menolak tohmahan beberapa pihak mengenai kedudukan kewangan kerajaan yang disifatkan tidak stabil dan cekap.
Mengumumkan kenaikan satu tangga gaji itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tuduhan negara bakal berdepan dengan masalah muflis adalah tidak berasas sama sekali, sebaliknya kerajaan tetap komited dalam usaha menjaga kepentingan rakyat.
“Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.
“Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu,” kata Najib.
Beliau berkata demikian melalui salah satu entrinya di laman Facebook miliknya pada Khamis.
Najib yang juga Menteri Kewangan amat berterima kasih dan menghargai komitmen yang ditunjukkan penjawat awam selama ini dan berharap dengan kenaikan tersebut memberi semangat baru kepada penjawat awam.
“Usaha dan kerja keras penjawat-penjawat awam amat kerajaan hargai dan saya harap dengan bantuan ini akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang, Insya-Allah,” katanya.
Pada pembentangan Bajet 2016 tahun lalu, Najib mengumumkan kerajaan telah bersetuju memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred bermula Julai 2016.
Kenaikan gaji tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.
Share:

Kemeriahan Iftar di Masjid Nabawi


MADINAH: Usai solat Asar, makanan siap dipek, minuman berkaleng, botol dan kotak serta manisan mula dibawa ke Masjid Nabawi untuk berbuka puasa.
Kanvas dihamparkan manakala plastik putih yang bertindak umpama saprah mula dibentang di luar kawasan Masjid Nabawi.
Anak-anak muda lelaki berganding bahu membentang kanvas dan plastik putih panjang sebelum kawasan dataran Masjid Nabawi dibanjiri jemaah umrah serta penduduk sekitar untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Di kaki lima hotel pula laungan sabil sabil jelas kendengaran yang mana edaran makanan dan minuman sedang rancak diagihkan.
Di dalam masjid juga makanan diagihkan biar pun tidak semeriah seperti di dataran Masjid Nabawi.
Boleh dikatakan, Ramadan di Arab Saudi khusunya di dua kota suci umpama pesta ibadat, pesta bersedekah, pesta makanan dan minuman serta jalinan silaturahim yang semakin akrab sepanjang bulan puasa.
Sejurus azan Maghrib berkumandang, semua menjamah manisan, makanan dan minuman. Namun selepas 10 minit, anak-anak muda menghampiri jemaah dan mengingatkan untuk bersolat.
Lima minit kemudian, lauangan qamat pula kedengaran sekali gus menandakan solat Maghrib berjemaah akan bermula.
Sekali lagi suara anak-anak muda yang begitu pantas berkemas dan mengangkat kanvas menasihatkan jemaah agar menyegerakan solat.
Kagum melihat kecekapan mereka berkemas kerana dalam masa singkat kawasan di dataran Masjid Nabawi kembali bersih dan boleh dijadikan tempat bersolat.
Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages