KAK JUE BLOG'S

Kongsi Cara Penulisan Refleksi



Untuk guru-guru nak tulis refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:

🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

🎓 Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P

🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

📖 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

📖 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa

📖 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP

📖 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

📒 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

📒 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.
Share:

Tempoh Pendaftaran BR1M Dilanjutkan Sehingga 13 Jan 2017


Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Kementerian Kewangan mengingatkan semua penerima yang layak membuat permohonan secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Permohonan juga boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma
.
Share:

Hospital Taiping Lancar Kempen Derma Darah Bergerak


Hospital Taiping kini melancarkan kempen derma darah untuk mengisi keperluan pengunaan darah yang semakin meningkat. Melalui pelbagai kempen  Tabung Darah Hospital Taiping mengumpul 167 paket darah menerusi kempen bergerak sejak Sabtu lalu.
Bagi individu yang sihat ringan-ringankanlah tulang untuk datang menderma darah. Darah amat diperlukan bagi menyelamatkan nyawa seseorang.
Pegawai Penerangan Unit Transfusi Hospital Taiping, Dzulkarnain Daman Huri berkata sebanyak 54 paket darah diperoleh pada kempen di Parit Buntar manakala bakinya dikumpul semasa kempen di bandar ini.
"Jumlah bekalan darah itu dijangka bertambah pada akhir kempan pada petang ini," katanya.
Beliau berkata kebanyakan bekalan darah diperoleh daripada penderma tegar bagi mengatasi kekurangan bekalan di hospital berkenaan yang agak ketara.
Menurutnya individu yang banyak menderma darah akan menikmati pelbagai ganjaran antaranya diberikan rawatan percuma di sebarang wad di hospital berkenaan.
Tambahnya individu yang ingin menderma darah boleh datang ke Tabung Darah Hospital Taiping pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.


- BERNAMA
Share:

Semakan Elaun Penjawat Awam Bukti Kerajaan Perihatin


Kakitangan kerajaan adalah pelaksana misi dan visi kerajaan. Jesteru itu keikhlasan dan ketelusan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan adalah amat penting. Disamping itu sentiasa menjaga integriti dan imej jabatan. Kerajaan amat menghargai sumbangan semua penjawat awam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk semakan semula elaun-elaun penjawat awam akan dibincangkan di Kabinet pada Rabu ini.

Beliau berkata, selain itu permohonan kongres itu untuk mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan bagi sektor awam akan turut dibawa oleh Kementerian Sumber Manusia pada mesyuarat berkenaan.

“Kita akan melihat elaun-elaun yang tidak disemak dalam tempoh 14 tahun untuk dibawa ke Kabinet,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kongres Tahunan CUEPACS Ke-27 di sini hari ini.
Share:

Potongan Harga Padi Tinggi Petani Tertekan


TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting di negara kita kerana ia membekalkan beras sebanyak 70% kepada penduduk dan merupakan tanaman ke 3 terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Keluasan penanaman padi di Malaysia pada tahun 2010 adalah seluas 673,745 hektar dimana keluasan pasel sawah padi adalah 428,780 hektar dengan melibatkan seramai 172,000 pesawah. Hasil pengeluaran padi adalah sebanyak 2.458 juta metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 2.165 billion (Laporan Statistik Agromakanan , Kementerian Pertanian Malaysia Tahun 2011). Jika padi tersebut diproses kepada beras, hasilnya sebanyak 1.265 juta tan metrik beras dihasilkan untuk pkegunaan rakyat Malaysia. Ini mencukupi untuk bekalan sebanyak 70% kadar kecupan makanan (SSL - self sufficiency level) dalam negara dimanasebanyak 570,000 metrik tan lagi perlu diimpot dari luar negara. Tanaman padi merupakan tanaman keselamatan yang perlu di jaga untuk mempastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. 

Kerajaan telah menetapkan harga belian padi yang seragam . Harga belian padi telah ditetapkan pada harga RM1,200.00 satu tan dengan subsidi harga diberikan sebanyak RM248.10 satu tan walau pun harga sebenar adalah mengikut permutuan hasil padi yang dijalankan dipintu kilang berdaftar. Ini bermakna bayaran sebenar yng diterima oleh petani atau pesawah adalah bergantung kepada mutu dan kualiti padi yang dihasilkan untuk jualan. Semakin tinggi kandungan padi muda, batang padi, jerami, hampa, batu dan lain-lain akan mengurangkan lagi bayaran bersih bagi padi tersebut. Oleh itu amat penting perkara ini dan pemahaman ini diterapkan kepada semua pesawah seluluh negara bagi mengelakan sebarang konflik yang mungkin berlaku. Pernah terjadi kes-kes dimana pesawah dan pembeli berselisih faham mengenai kadar pemotongan padi yang melibatkan ketidakpuasan hati sehingga dibawa kepada peringkat atasan. Penjelasan melalui pelbagai kursus dan latihan selain daripada penerangan berterusan telah membolehkan isu ini telah dapat diatasi dengan baik.

Sebenarnya dalam penjualan padi kepada pembeli (atau pengilang berlesen) terdapat beberapa pemotongan padi dilakukan untuk mendapatkan bayaran sebenar padi. Pemotongan hasil padi yang dilakukan ada 4 jenis iaitu 
1- Potongan kerana padi rosak, 
2-Pemotongan kerana kekotoran, 
3- Pemotongan kerana padi muda atau padi yang tidak cukup masak 4- Pemotongan Wap Basah. 
Pertama sekali adalah pemotongan kerana padi rosak dimana takrif 'padi rosak' adalah padi yang telah bertukar warna dari warna biasa kepada warna hitam atau merah kehitam-hitaman, telah berkulat atau mulai reput. Padi yang berpenyakit dan telah mula bercambah juga dikira sebagai padi yang telah rosak. Potongan keatas padi rosak ini dibuat kerana harga belian padi yang ditawarkan adalah untuk hasil padi baik dan berkualiti. Padi rosak apabila dikeringkan dikilang akan tidak dapat menghasilkan beras baik. Lazimnya  beras dari padi yang rosak adalah berwarna kuning atau kuning kemerahan dan banyak mengandungi beras hancur. Ini merupakan jenis beras yang paling rendah mutunya dan harganya. Perlu dilakukan pemotongan harga kerana padi rosak akan menjejaskan keseluruhan kualiti beras dengan kadar khas. Kadar potongan untuk padi rosak adalah setiap 1 kg bagi setiap 1% pertama dan 2 kg bagi tiap-tiap 1% berikutnya yang ada dalam 100 kg padi.  
Kekotoran Padi juga menyebabkan pemotongan kerana kekotoran tersebut menyebabkan ia perlu dibuang dan menjejaskan berat serta kualiti padi. Potongan ini dilakukan jika jualan padi mengandungi kekotoran seperti jerami padi, daun-daun padi, sampah-sampah, tanah lumpur dan juga hampa.  Potongan ini dibuat kerana bendaasing ini mesti dibuang semasa 'milling' dan harga dibayar untuk padi bersih sahaja. Kadar potongan dilakukan adalah dipotong sebanyak 1 kg setiap 1% kekotoran yang adadalam tiap-tiao 100 kg padi.  Seterusnya adalah potongan kerana padi muda atau pun apa yang dikatakan padi yang tidak cukup masak. Ini sering berlaku jika jentuai masuk awal tidak mengikut jadual atau akibat cuaca hujan berterusan. Potongan akan dibuat keatas padi yang mengandungi biji-biji padi muda atau tiak cukup masak. Ini kerana padi ini apabila dikeringkan akan menjadi hampa atau menghasilkan beras hancur yang berkapor (berwarna putih) yang akhirnya menjatuhkan mutu untuk keseluruhan beras. Kadar potongan ialah 1 kg bagi tiap-tiap satu (1%) padi muda atau padi tidak cukup masak didapati dalam tiap-tiap 100 kg padi dijual dipremis berlesen.

Oleh itu pemotongan berat keatas padi mengikut kadar wap basah seperti jadual dikeluarkan oleh kerajaan. Jika % kandungan wap basah kurang 14% tiada potongan dibuat tetapi jika 14-15% (1 kg), 15-16% (2 kg), 16-17% (3 kg), 17 - 18% (4 kg) seterusnya sehingga lebih dari 29-30% potongan sebanyak 19 kg dilakukan. Petani akan mendapat harga sebenar jualan padi mereka jiak kesemua pemotongan itu dilakukan bergatung kepada kualiti padi yang dihantar untuk jualan. Jika jumlah pemotongan banyak maka pendapatan petani akan berkurangan dan sebaliknya. Amat penting petani menjalankan alaman MyGAP terhadap sawah merekan dan mengikuti amalan Rice-Check bagi menentukan hasil dan pendapatan tinggi
Share:

Istiadat Lambaian Kasih DYMM Seri Paduka Agong Ke 14 Penuh Simbolik


" Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar.

“Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu,”

“Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri.”


Petikan berkenaan dari buku hikayat Sulalatus Sulatin atau Sejarah Melayu yang menceritakan peristiwa kedatangan Islam dan sekaligus menjadi inspirasi kepada penganjuran perarakan bergajah pada Istiadat Keberangkatan Balik Lambaian Kasih Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada hari ini ke negeri Kedah.

Setibanya Tuanku Abdul Halim ke Kompleks Bunga Raya, KLIA, Tuanku dipersembahkan dengan persembahan demonstrasi silat oleh Pertubuhan Seni Silat Cekak Hanafi melibatkan 30 orang pesilat Melayu. Ia diakhiri dengan laungan ‘Daulat Tuanku!’.

Tuanku yang diiringgi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beserta isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan isteri serta beberapa menteri kabinet seterusnya di bawa masuk ke bilik khas.

Istiadat ini merupakan sebuah pengembalian warisan Melayu yang sekali gus melambangkan kedaulatan dan kemuliaan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sendiri. Malah, istiadat ini turut disertai oleh 367 orang peserta dari pelbagai etnik dan negeri di seluruh negara yang secara ikhlas berminat untuk terlibat bersama.

Inilah adat istiadat bangsa Melayu yang menjadi pegangan di negara kita selama ini. Namun demikian, malangnya masih ramai yang tidak memahami malah tidak pernah melihat istiadat ini berlangsung di depan mata.

Soal yang lebih seriau, adakah adat-adat istiadat sebegini akan diteruskan sekiranya Pakatan Harapan yang dikuasai DAP berjaya menakluk kepimpinan negara? Sedangkan mereka inilah khususya DAP seringkali dilihat seolah-olah ‘anti-Melayu’ dan mahu lebih sekular serta berkonsepkan Malaysian Malaysia.

Mungkinkah adat istiadat Melayu yang menjadi amalan dan pegangan bangsa Melayu di seluruh dunia ini akan terkubur sekiranya tampuk pemerintahan negara beralih tangan? Tanpa menuduh ia akan berlaku, namun persoalan ini wajar juga dipersoalkan untuk anak cucu kita akan datang.

Apapun selama ini di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, adat-adat Melayu sebegini amat jelas diamalkan dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Apapun tahniah diucapkan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus menghidupkan adat istiadat Melayu lama yang amat bersopan santun, berseni dan penuh kemuliaan.


Share:

Warga Pendidik Perlu Sentiasa Tingkatkan Diri - Zambry



TAIPING: Para pendidik perlu bersiap sedia dan sentiasa mempertingkatkan diri dalam ilmu pengetahuan serta teknik pengajaran terkini bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata warga pendidikan kini berdepan cabaran yang mendesak mereka menjadi lebih celik terhadap teknologi dan kaedah mengajar yang kerap berubah.

Menurutnya, peranan guru ketika ini amat besar dan sangat mencabar, jika dibandingkan cabaran yang ditempuhi oleh guru-guru terdahulu.

"Ini kerana ledakan teknologi dan internet yang begitu luas membuatkan pelajar kita kadang-kadang lebih pintar daripada pengajarnya.

"Justeru itu, guru-guru perlu lebih bersedia dan melengkapi diri bagi mengharungi cabaran-cabaran ini, guru-guru perlu up to date," katanya ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Warga Pendidik, Guru KAFA, PIBG dan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Agama Rakyat di Kompleks Rakan Muda Kamunting pada Rabu.

Namun begitu, kata Dr Zambry, dalam masa yang sama, warga pendidik juga perlu berpegang kepada matlamat asas pendidikan iaitu merubah masyarakat menjadi lebih baik.

"Kita perlu terus berpegang kepada matlamat pendidikan iaitu untuk merubah masyarakat itu sendiri menjadi lebih baik," ujar beliau.-SuaraPerak
Share:

Tabung Haji Beri Jaminan Mata Wang Malaysia Tiada Masalah


Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial yang mendakwa kononnya mata wang Malaysia tidak diterima di Makkah dan Madinah, Arab Saudi.
TH dalam satu kenyataan berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota suci berkenaan.
"Selain itu, maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit, yang membolehkan pengeluaran wang antarabangsa, yang kononnya tidak diterima, dan turut tersebar di media sosial, juga adalah tidak benar.
"Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang," kata TH.
Sehubungan itu, TH berkata para jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan kad ATM atau debit, dinasihati untuk berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk maklumat penggunaan yang betul.
Share:

Sidang DUN Perak Lulus Bajet 2017



IPOH: Dewan Undangan Negeri Perak yang bersidang sejak Selasa minggu lalu meluluskan Enakmen Perbekalan 2017 yang memperuntukan bajet negeri sebanyak RM1.2 bilion.

Selepas dibahaskan oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), enakmen itu diluluskan selepas undi belah bahagi yang menyaksikan semua 31 ADUN Barisan Nasional (BN) menyokong, 23 ADUN pembangkang menolak, tiga ADUN PAS berkecuali dan dua lagi tiada di dalam Dewan ketika pengundian dibuat.

Dua ADUN yang tiada di dalam Dewan ialah Radzi Zainon (PAS – Sungai Rapat) dan Lee Chuan How (DAP – Pasir Pinji) yang ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih 5.

Dewan turut meluluskan Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 dengan beberapa pindaan.

Dua usul juga diluluskan iaitu Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2017 yang memperuntukan RM401 juta untuk perbelanjaan pembangunan di samping usul merakam sembah tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena pelantikan baginda sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong ke-15.-SuaraPerak
Share:

Tiada Kompromi Sindiket Guna Petani Lindungi Pencerobohan Tanah Kerajaan



IPOH- Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dengan kegiatan sindiket besar pencerobohan tanah kerajaan dengan memperalatkan petani untuk melindungi kegiatan haram mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry menegaskan Kerajaan Negeri memandang serius soal penerokaan haram terutama yang menggunakan taktik licik bagi mendapatkan tanah secara mudah.

Katanya walaupun kerajaan negeri bertindak tegas, kes-kes tulen seperti petani yang mengusahkan tanah pertanian bagi tujuan sara hidup sejak sekian lama di sesuatu kawasan akan diberi pertimbang sewajarnya.

Kata beliau antara mekanisme yang digunakan kerajaan negeri menyelesaikan isu penerokaan haram adalah dengan mengenakan sistem sewaan melalui agensi atau pun lesen menduduki sementara kepada petani yang terlibat.

"Tawaran ini tertakluk kepada mereka yang mengusahakan tanah itu bagi tujuan sara hidup dan bukan untuk disewa kepada pihak lain,"katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2017 di Sidang DUN pada Isnin.

Beliau menjelaskan melalui program pemutihan yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Galian sejak tahun 2009 daripada 77, 365.98 ekar keluasan kasar yang diusahakan secara haram, 61,341.88 atau 70 peratus telah berjaya diputihkan.

"Ia melibatkan 12,268 orang manakala bakinya kini sedang dalam proses penyelesaian kerana masih terdapat mereka yang masih enggan memberikan kerjasama termasuk tidak mahu membayar sewaan mahupun pajakan," katanya.

Menurut Dr Zambry, Kerajaan Negeri sebenarnya responsif dalam soal ini kerana melalui pemutihan ini ada yang menjadi peserta kepada program yang dijalankan agensi kerajaan.

"Ada yang jadi penyewa atau pemajak ada juga yang diberikan hak milik. Sehubungan itu saya berharap jangan ada pihak tertentu yang membakar sentimen bagi tujuan menghasut petani-petani ini," ujarnya. - SuaraPerak
Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages