KAK JUE BLOG'S

Mesra Aidil Fitri KEMAS Parit Buntar 2016 Meriah


Kepelbagaian budaya membuatkan Malaysia begitu unik. Budaya yang lahir dari pelbagai kaum diraikan dalam bentuk perayaan. Sempena Syawal, Kita warga Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.


KEMAS tidak ketinggalan turut meraikan kemeriahan Syawal dengan mengadakan Majlis Mesra Aidil Fitri peringkat Parlimen pada 25 hb Julai 2016 lepas.
Sudah menjadi adat acapkali Majlis Hari Raya diadakan, Tiap kakitangan perlu mengambil tugas dan bahagian.
Terdapat enam gerai yang mewakili tiap kumpulan berserta menu
1- Kumpulan Kasturi dengan menu bubur dan rojak .
2-Kumpulan Nuri membuat Nasi impit
dan kuah kacang
3- Kumpulan PKK menyediakan lempeng kelapa bersama kuah kari panas- panas.
4- Kumpulan Sinar Murni diberi tugas menyediakan air.
Air asam boi, air tebu dan teh tarik memang menarik
5- Kumpulan Harmoni menyediakan juadah wajib bila sambut raya..
Ketupas daun palas bersama rendang daging Harmoni.. sekali makan pasti nak lagi..
6- Kumpulan kakitangan pejabat menyediakan kuih - muih juga buah - buhan segar dari ladang. Buah rambutan..
Pertandingan gerai terbaik menjadi agenda utama tiap-tiap tahun. Setiap gerai perlu dihiasi dengan tema yang bersesuai dengan majlis. Pada tahun ini kumpulan Harmoni masih mengekalkan kemenangan mereka.
Bermakna ini tahun ke tiga menjadi Johan Gerai Terbaik sempenan Majlis Sambutan Mesra Aidil Fitri KEMAS Parlimen Parit Buntar


Tahniah pada semua. Kemenangan ini  bukanlah apa-apa, tetapi penyertaan setiap warga KEMAS Parit Buntar itu pekara yang terbaik..
Selaras dengan kehendak pucuk pimpinan atasan KEMAS..
SEDERAP.. SELANGKAH . KEMAS ADA DI MANA-MANA

#MNA

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages