KAK JUE BLOG'S

Terbaik 2016 Program Khas Haji Taja 1100 Jemaah



Alhamdulillah, Perdana Menteri kita telah menyampaikan tawaran Fardhu Haji kepada imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung yang bertuah menjadi tetamu Allah dalam program khas Haji 2016 tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program khas Haji ini bermula pada tahun 2011 dan pada waktu itu, jumlah peserta adalah seramai 111 orang. Sejak itu, kita telah berjaya menghantar seramai 4611 jemaah Haji dengan 1100 orang lagi pada tahun ini, jumlah terbesar setakat ini.
Program ini dilancarkan atas kesedaran bahawa sekiranya tiada sumber lain, sukar buat para peserta ini yang terdiri daripada imam masjid dan ketua kampung untuk mengumpul dana secukupnya bagi perbelanjaan ke Tanah Suci.
Kesemua peserta ini, imam-imam masjid dan ketua-ketua kampung, banyak berjasa, lebih-lebih lagi dalam menyampaikan serta menegakkan syiar Islam, semuanya ikhlas kerana Allah SWT.


Salah seorang daripada peserta program khas Haji tahun ini adalah Ustaz Fuad Ebnu Ali bin Mohd Ali yang berasal dari Melaka. Beliau salah seorang tenaga pengajar di Pondok ar-Rabbaniah, Batu Gajah, Merlimau yang tanpa lelah menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar, mendidik mereka menjadi umat Islam yang sempurna.


Encik Zainon bin Ramli pula seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan juga menyandang jawatan pengerusi JKKK selama 3 tahun. Giliran beliau sekiranya mengikut daftar Haji adalah pada tahun 2058.


Manakala saudara Abdil bin Musihi pula bertugas sebagai imam masjid di Kota Belud, Sabah. Sekiranya mengikut daftar Haji beliau perlu menunggu 58 tahun lagi pada tahun 2074 untuk giliran beliau ke Tanah Suci.
PROGRAM KHAS HAJI 2016
Alhamdulillah melalui program khas Haji tajaan Yayasan 1MDB ini, mereka bertiga serta ramai lagi berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan lebih cepat dan juga dengan dibiayai.
Insya-Allah, kerajaan akan terus menegakkan agenda Islam berlandaskan Maqasid Syariah melalui program-program seperti program khas Haji ini, semoga lebih ramai umat Islam dapat beroleh manfaat daripadanya.
Saya doakan semua bakal tetamu Allah ini beroleh Haji mabrur, dan pesan saya jika ada kesempatan di Tanah Suci kelak, doakanlah kesejahteraan negara yang kita cintai ini, mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memelihara Malaysia dalam kedamaian dan keharmonian, Insya-Allah.

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages