KAK JUE BLOG'S

Kerajaan Belum Bercadang Naikkan Umur Persaraan - KSN


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 tahun dari 60 tahun masa ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau turut menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung perkara itu sebagai masih pramatang.

"Kita mengambil maklum cadangan Cuepacs tapi mungkin masih pramatang lagi nak bercakap tentang penambahan umur persaraan.

"Jadi kita biarkan dulu (umur persaraan) 60 tahun dilaksanakan untuk beberapa tahun lagi," katanya pada satu sesi temubual bersama Bernama dan RTM di Angkasapuri di sini, hari ini.

Baru-baru ini Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda telah membuat cadangan itu kerana berpandangan ia satu kesesuaian seiring dengan wawasan negara menuju ke arah status negara maju.

Katanya, langkah itu juga mampu mengurangkan perbelanjaan bayaran pencen kepada pesara.

Sebelum ini umur persaraan wajib telah dinaikkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.

Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam, termasuk kumpulan keselamatan dan perkhidmatan kritikal - Bernama

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages