KAK JUE BLOG'S

Rumah Mampu Milik, Jaringan Keselamatan Sosial Antara Fokus Bajet 2017

Image result for RAHMAN DAHLAN DAN RUMAH MAMPU MILIK


KUALA LUMPUR,- Bajet 2017 dijangka menumpukan kepada beberapa isu penting antaranya rumah mampu milik, jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan dan program latihan untuk melatih semula graduan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkata bajet kali ini dijangka menyediakan langkah untuk memastikan rakyat mempunyai jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan apabila berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
“Selain itu, kita memerlukan banyak program latihan (untuk melatih semula) lepasan universiti supaya mereka lebih relevan kepada industri ketika ini,” katanya selepas merasmikan persidangan pengujian perisian Softec Asia 2016 di sini hari ini.
Bagi golongan pertengahan atau M40, katanya selain pelepasan cukai, kerajaan juga dijangka mengkaji cara untuk mengurangkan beban golongan ini dari segi perbelanjaan tetap bulanan.
“Jika tidak dapat meningkatkan pendapatan rakyat pada kadar yang tinggi seperti diminta, mungkin kita boleh lihat apa yang ada dalam komponen
bayaran bulanan yang boleh dikurangkan.
“Kita mungkin boleh berkolaborasi dengan sektor swasta supaya perbelanjaan ini boleh dikurangkan,” katanya sambil menambah langkah itu akan meningkatkan kuasa beli golongan M40, sekali gus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi.
Sementara itu, Abdul Rahman menggesa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej di laman sosial yang mengaitkan penutupan cawangan beberapa institusi perbankan di negara ini dengan kemerosotan ekonomi, supaya menghentikannya kerana dikhuatiri akan memudaratkan ekonomi negara.
Katanya mesej tersebut yang turut meramalkan kejatuhan ringgit ke paras RM4.50 bagi setiap dolar AS bermotifkan politik yang bertujuan
mensabotaj ekonomi negara dan akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.
Beliau menjelaskan penutupan cawangan bank di negara ini bukan berkaitan dengan pengucupan ekonomi sebaliknya sebahagian daripada program rasionalisasi untuk mengurangkan kos bank.
Katanya langkah itu juga diambil selepas mengambil kira peningkatan penggunaan perkhidmatan perbankan internet yang lebih mudah dan menjimatkan masa.
“Mereka (institusi perbankan) berasakan rakyat Malaysia telah bersedia untuk memasuki era digital dan cawangan ditutup untuk mengurangkan kos mereka. Ia tidak mempunyai kaitan dengan ekonomi,” katanya.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages